Finalis Hero Remaja 2020, Umar tidak mahu tergesa-gesa dalam memulakan kerjaya dalam industri hiburan tanah air.

Menurut Umar, dia sudah menerima beberapa tawaran lakonan sejak penglibatan dalam Hero Remaja lagi, tetapi menolaknya kerana mahu menumpukan perhatian dalam program itu terlebih dahulu.

"Saya sudah menerima tawaran untuk berlakon dari beberapa pihak produksi sejak penglibatan dalam Hero Remaja lagi, namun sudah tentu saya mahu menumpukan perhatian dalam program ini terlebih dahulu.

"Saya tak perlu tergesa-gesa, saya merasakan program Hero Remaja sebagai satu pintu utama, insya-Allah, sekarang program ini sudahpun habis, saya akan mula perlahan-lahan," katanya kepada Gempak.

Walaubagaimanapun, tambah Umar, tindakannya itu bukanlah bermaksud dia mahu memilih kerja atau berlagak 'superstar', apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.

"Saya bukanlah memilih kerja atau berlagak 'superstar', saya hanya tak mahu tergesa-gesa, sekarang barulah saya akan melihat kepada beberapa tawaran dari pihak yang telah melamar," katanya lagi.

Di pentas akhir Hero Remaja 2020 baru-baru ini, Umar telah menyandang tempat kedua sementara Nadhir merangkul gelaran juara.

Tempat ketiga hingga kelima pula masing-masing jatuh kepada Merqeen, Jabir dan Haziq.