Bintang Big Stage 2020 (BS2020) Usop menafikan dia bukanlah ‘over confident’ dan terasa diri handal seperti yang disebut oleh juri tetap Ajai pada konsert suku akhir BS2020 malam tadi.

Bagi Usop, dia hanya menjadi diri sendiri tetapi tetap berterima kasih di atas teguran Ajai dan Faizal Tahir untuk kurangkan sikap ‘main-main’.

“Yang sebenarnya saya bukan over confident. Lagu tu lagu happy kot dan diri saya memang macam tu.

“Bila abang Ajai dengan abang Faizal kata saya ‘loq laq’, depa macam beri pengingatan pada saya. Bila ada orang ketuk saya, dalam diri saya ni saya tahu lepas ni kena relaks sikit. Takut orang meluat kalau melebih-lebih sangat.

“Saya terima komen juri, kita ambil benda yang bagus untuk perbaiki diri supaya boleh jadi lagi power.

“Dulu saya dah biasa kena dengan sifu saya, Hazama. Dia pun pesan suruh relaks sikit ‘loq laq’ saya tu,” kata Usop kepada Gempak.

Usop ditemui semasa majlis sidang media konsert suku akhir BS2020 yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Ahad.

Tambahnya lagi, menyampaikan lagu bahasa Inggeris adalah sesuatu yang di luar kebiasaan dan dia telah mencuba sehabis baik untuk memberikan persembahan yang memuaskan.

“Sebenarnya saya dah bagi semampu yang boleh. Tapi nak buat macam mana dah juri cakap macam tu. Lagipun lagu ni saya dah berlatih lama dah. Hari-hari saya dengar sebutan dia takut salah. Saya tahu sebutan saya bukanlah betul sangat tapi sekurang-kurangnya saya mencuba.

“Saya nak tunjuk kat orang Usop ni bukan setakat boleh nyanyi lagu leleh, lagu jiwang, lagu kapak tapi Usop berani nyanyi lagu bahasa Inggeris. Tapi saya puas la bila dapat bawa lagu ni,” jelasnya lagi.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.