Pelakon Zul Ariffin mengakui bersedia dikritik apabila tampil tidak berbaju dalam filem terbaru lakonannya, Tombiruo.
Menurut Zul, sebagai pelakon dia harus mempelbagaikan watak dalam lakonannya sebelum ini dan tidak hanya 'jual muka' untuk melariskan sesebuah naskah.
"Sebenarnya watak yang dibawakan oleh saya kali ini agak susah kerana saya bukan sahaja harus berlakon dengan memakai topeng malah perlu pakai rambut palsu.
"Tapi saya berpuas hati dengan hasil lakonan ini dan sekurang-kurangnya saya boleh beritahu orang yang saya bukan seorang pelakon yang hanya jual muka sahaja.
"Saya juga tahu, pasti ramai yang anggapan kononnya saya menayangkan tubuh sebagai pelaris filem tetapi bagi saya apa yang dilakukan ini hanya untuk menjayakan watak yang diberikan sahaja.
"Ini kali pertama saya berpenampilan seperti itu bagi keseluruhan filem dan saya juga sedia untuk menerima apa saja komen, sama ada daripada penonton mahupun pengikut novel ini," katanya kepada Astro Gempak.
Zul berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo, di MBO The Starling, Damansara, baru-baru ini.
Faye berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo, di MBO The Starling, Damansara, baru-baru ini.
Selain Zul, filem ini juga dilakonkan oleh Faye Kusyairi, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M.Nasir dan Dynas Mokhtar.
Tombiruo : Penunggu Rimba memaparkan kisah Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah tidak seperti manusia.
Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.
Saksikan filem Tombiruo di pawagam di seluruh negara. Layari laman sesawang www.tombiruomovie.com serta laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube Astro Shaw dan Astro Gempak untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #tombiruo, #tombiruomovie dan #penunggurimba sebagai tanda sokongan pada filem ini.
Rozaimi Zubaidi
Thu Oct 19 2017
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”
Ippo Hafiz beri penjelasan
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu