"Saya Bukan Pemakan Daging Anjing!" - Randy Pangalila
"Saya Bukan Pemakan Daging Anjing!" - Randy Pangalila
Amri Hassan
Fri Dec 27 2019
Pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila tampil menjelaskan kontroversi dakwaan menyeksa haiwan peliharaan di kediamannya seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Malah, Randy juga menafikan dakwaan dia memakan anjing seperti yang ditulis netizen.
"Saya ingin jelaskan mengenai berita tidak benar yang ditujukan kepada saya baru-baru ini.
"Saya bukan pemakan daging anjing ataupun akan menjual anjing-anjing untuk dipotong dan dikonsumsi.
"Saya sendiri memiliki seekor anjing peliharaan di rumah saya, bukan yang ada di video tersebut," tulisnya menerusi akaun Instagram baru-baru ini.
Tular di media sosial menerusi akaun Instagram @cat_lovers_in_the_world mendakwa lima ekor anjing dilihat dalam keadaan tidak terurus dan dikurung dalam sangkar kecil di kediaman Randy.