"Saya Bukan Pemakan Daging Anjing!" - Randy Pangalila
Amri Hassan
27/12/2019 09:39 MYT
27/12/2019 09:39 MYT
Pelakon popular Indonesia, Randy Pangalila tampil menjelaskan kontroversi dakwaan menyeksa haiwan peliharaan di kediamannya seperti video yang tular di media sosial baru-baru ini.
Malah, Randy juga menafikan dakwaan dia memakan anjing seperti yang ditulis netizen.
"Saya ingin jelaskan mengenai berita tidak benar yang ditujukan kepada saya baru-baru ini.
"Saya bukan pemakan daging anjing ataupun akan menjual anjing-anjing untuk dipotong dan dikonsumsi.
"Saya sendiri memiliki seekor anjing peliharaan di rumah saya, bukan yang ada di video tersebut," tulisnya menerusi akaun Instagram baru-baru ini.
Tular di media sosial menerusi akaun Instagram @cat_lovers_in_the_world mendakwa lima ekor anjing dilihat dalam keadaan tidak terurus dan dikurung dalam sangkar kecil di kediaman Randy.
Khabar itu disampaikan oleh individu yang cuba menyelamatkan anjing yang kesakitan.
Jelas Randy lagi, kediaman seperti yang dilihat dalam video itu sedang diubah suai dan dia sendiri tidak lagi tinggal di sana.
"Yang kalian lihat di video itu memang benar rumah saya tetapi yang sedang saya bangun (under construction).
"Mengenai adanya anjing di rumah saya yang dititipkan, saya tidak tahu menahu, bahkan saya baru tahu ketika berita ini tersebar," tambahnya.
Perkara terbabit kata Randy telah diselesaikan dan memohon agar isu itu tidak lagi diperbesarkan.