Laman Utama

“Saya Bukan Pemilik Kosmetik” - Kongsi Kehidupan Di Media Sosial, Fazley Yaakob Lali Cemuhan Netizen

gempak
Azwa Rahman
18/11/2021
10:15 MYT
Sponsor Banner
“Saya Bukan Pemilik Kosmetik” - Kongsi Kehidupan Di Media Sosial, Fazley Yaakob Lali Cemuhan Netizen
Penyanyi, cef dan pemilik restoran Datuk Fazley Yaakob mengakui sudah lali dengan cemuhan wargamaya dan sudah bersedia dengan apa sahaja kritikan.
Menurut pemilik nama lengkap Ahmad Fadzli Yaakob, 43, dia sudah menjadi insan seni sejak 21 tahun yang lalu dan pernah melalui apa sahaja cemuhan masyarakat baik di dalam media cetak, media elektronik serta media sosial kini.
“Untuk stay relevan dalam industri, kita kena selesa dengan media sosial. Macam orang tengok saya menari, ada je orang yang kutuk, benda tu biasa tapi saya menari dengan anak-anak. Ada tarian yang tengah viral, saya buat jugak tapi dengan anak-anak.
“Prinsip saya bila berhadapan dengan netizen, bila saya letak sesuatu dalam media sosial, saya tidak perlu menjawab. Saya sudah tahu akan ada pros dan cons, akan ada orang menghina, akan ada orang yang mengeji. Tapi benda tu tak merosakkan telinga saya.
“Sebab saya dah jadi insan seni nak masuk 21 tahun dah, saya dah berhadapan dengan cemuhan dalam majalah, surat khabar dan sekarang kritikan di media sosial. Telinga dah mata saya dah biasa. Saya tahu setiap kali saya post sesuatu, saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan apa yang orang akan cakap,” ujar Fazley ketika ditemubual.
Fazley ditemui pada majlis sidang media mengumumkan dirinya sebagai duta jenama Aya Real Food yang diadakan di Suka Sucre Bistro, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah Fazley lagi, menggunakan media sosial menjadikan satu alat untuk dia berhubung dan berkongsi apa sahaja dengan peminat.
“Tidak juga saya nak berhati-hati untuk posting apa sahaja di media sosial, saya jenis orang yang dah fikir 10 langkah ke hadapan. Kalau saya post tu, bukan satu kesilapan, itu memang saya sengajakan.
“Media sosial kita adalah rumah kita. Kita buka pintu, yang masuk tu tak semua yang kita suka. Tapi kalau rasa tak nak masuk, tak perlu masuk.
“Saya bukan pemilik kosmetik, saya tiada apa untuk dimarket melainkan itulah kehidupan saya,” ujarnya lagi.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live