Personaliti media sosial dan model sambilan Sharifah Rose menafikan dakwaan bahawa dia menjadi punca kepada Aazief Khalid dan kekasihnya, Tyra Kamaruzzaman berpisah beberapa bulan lalu.
BACA: Putus Dengan Instafamous, Anak Tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza Rapat Dengan Bekas Kekasih Ismail Izzani?
Jelas Rose, dia mengenali Azief melalui kenalannya sebelum ini dan percaya anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengalami proses putus cinta yang teruk.
"Apa yang terjadi antara Aazief dan Tyra tiada kena mengena dengan saya dan saya tidak tahu apa yang terjadi antara mereka sebenarnya.
"Setahu saya mereka sudah berpisah sejak tiga bulan lalu dan ia merupakan episod hitam putus cinta Aazief," katanya kepada Gempak.
Rose ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Syaiful Baharim sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2019) di Pavilion, Kuala Lumpur semalam.
Sementara itu, tambah Rose dia terkejut apabila fotonya bersama Aazief viral sejak pagi semalam.
"Gambar itu dirakamkan beberapa hari lalu dan kami sekadar berkawan. Saya kenalnya sudah lama dan kebetulan dia berada di Malaysia, jadi kami rancang untuk berjumpa.
"Jujur saya katakan pertemuan itu hanya pertemuan kasual, perjumpaan sebagai kawan semata-mata tiba-tiba orang viralkan hingga timbul salah faham.
"Tiada yang serius pun antara kami berdua," ujarnya.
Foto Aazief dan Rose berdua-duaan mulai tular sejak kelmari menerusi perkongsian di laman sosial Twitter hingga ada yang mengaitkan Rose dengan kisah putus cinta Aazief dan Tyra.
Terdahulu, kisah cinta Aazief dan Tyra berakhir sejak dua bulan lalu.
BACA: Putus Cinta Dengan Tyra Kamaruzzaman, Aazief Khalid 'Spill The Tea'... Rupa-Rupanya....
Rose pula sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Ismail Izzani.
Amri Hassan
Thu Aug 22 2019


2 Bulan Kahwin, Alia Bhatt Umum Hamil
Tahniah Alia Bhatt & Ranbir Kapoor!

Drama The Maid 2 | Official Trailer
Setelah diceraikan oleh Jay, Suhana, Nadia dan Fika ekori bekas suami mereka ke sebuah resort dengan perancangan untuk bunuh Jay tetapi belum sempat mereka buat apa-apa, Jay telah pun mati! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas bermula 16 Julai jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. @sherry_alhadad @eina_azman @ezzatyabdullah @normanhakim_786 @marshamilan @kidkylo @iedamoin79 @aniqshr @yunarahim @seanlje @hazeeqdean Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Selain Adi Putra, Beto & Fattah, Lakonan Kapten Syers Dalam Mat Kilau Tarik Perhatian - “Paling Sakit Hati Tengok Dia..”
Geram!

"Dia Pendekar Terpaling Sejati..." - Netizen Geram Penonton Pakai Tanjak Ganggu Tayangan Skrin Mat Kilau
Dah segak bertanjak, lain pula ceritanya

"Walau Usia Sudah Menjangkau, Semangat Kuda Masih Maintain" - Kembara Teruja Berkonsert 31 Julai Ini!
Terakhir, pada tahun 2014 kumpulan Kembara muncul dengan sebuah konsert di kota Kuala Lumpur.

"Perempuan Boleh Buat Apa Saja Lelaki Boleh" - Jack Neo Sambung Sekuel Ah Girls Go Army
Pengarah filem Singapura, Jack Neo, meluahkan rasa teruja apabila naskhah sekuel arahannya, Ah Girl Go Army Again (AGGA) menerima sambutan yang baik di tanah airnya dan juga di Malaysia.

“Cinta Kita Seluas Pemandangan, Jom Sayang Teruskan Perjalanan” - The House Kamal Uqasha Tiba Di Episod Akhir!
Kembara bulan madu tiba di penghujung.

Gempak Drama - The Maid - Musim 1

Drama Semakin Menjadi-Jadi, Kisah Lelaki 4 Isteri Diteruskan Lagi Dalam The Maid Musim Kedua!
Wah The Maid musim ke-2!

“Aku Udah Gak Sama Sarah Lagi…” – Tegar Septian Umum Bercerai
Banyak pulak kes cerai dalam kalangan selebriti