HIBURAN
“Saya Bukan Punca Keretakan Rumah Tangga Orang Lain” - Thalia Mentor
Penyanyi, Thalia Mentor 4 menafikan dakwaan dirinya penyebab keretakan rumah tangga orang lain.
Bukan penyebab rumah tangga orang
Thalia memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Insta Story miliknya hari ini.
Terdahulu, tampil secara eksklusif di Gempak seorang wanita mendakwa telah diganggu oleh seorang selebriti wanita berpenampilan muslimah sejak dua tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:EKSKLUSIF: Selebriti Muslimah Didakwa Sondol Suami Orang, Wanita Tampil Beri Amaran - "Saya Tak Teragak-Agak Dedah Bukti!"
Tampil secara eksklusif di Gempak, wanita itu mendedahkan sikap dan perangai sebenar selebriti tersebut.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Y tidak menyangka hubungan istimewa suaminya dan selebriti wanita itu terjalin secara diam.