"Saya Bukan Sempurna"- Dilabel 'Attitude', Ini Penjelasan Aweera
ZULHILMI JALIL
03/08/2020 03:59 MYT
03/08/2020 03:59 MYT
Penyanyi Aweera mengakui terdapat pihak yang melabel dirinya sebagai individu yang bermasalah dari segi sikap.
Begitupun, Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Noriyissham, 29, berkata, dia tidak pernah mengambil pusing hal tersebut memandangkan dirinya sedar akan kekurangan diri.
"Saya pun tak boleh nak kawal apa yang orang nak cakap. Masing-masing pun ada buat salah.
"Saya faham bila orang kata saya ini terlalu banyak attitude.
"Saya pun bukan sempurna, ada masa saya betul, ada masa saya salah. Sekarang ini masing-masing kita cuba perbaiki diri dan rendahkan ego," katanya kepada Astro Gempak.
Menurut Aweera lagi, dia juga sudah lali dengan tohmahan buruk yang mengaitkan namanya.
"Walaupun cerita buruk, tak apalah saya dah lali tohmahan macam tu. Bila kita keluar dengan perkara baik orang tak nak ambil tahu, bila cerita buruk orang ambil kisah," katanya.
Terdahulu, Aweera pernah dikritik netizen apabila menyuarakan pandangannya mengenai isu bantuan kepada golongan artis.
BACA: "Yang Kayakan Artis Luar Tu Orang Kitalah!" - Aweera Minta Jangan Samakan Pendapatan Artis Tempatan & Antarabangsa
Bahkan, sebelum ini, Aweera juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila didakwa memukul bekas teman wanitanya.
BACA: Selepas Isu Pukul Bekas Teman Wanita, Aweera Akui Masih Solo -"Saya Sedikit Depresi"
Biarpun begitu, kata Aweera lagi, dia tidak mahu menjadikan kata-kata negatif netizen sebagai penghalang untuknya terus maju ke hadapan.
Dalam perkembangan lain, Aweera yang kini bersama kumpulan Pelita Lusoh tampil dengan lagu baharu berjudul Kembara Nabawi.
"Bila saya keluar dengan Pelita Lusoh, orang mendoakan yang tidak baik. Ada yang cakap 'tengoklah dalam dua tiga tahun ni, habislah'.
"Walhal, sepatutnya kita mendoakan kebaikan seseorang, bukan menjatuhkan," katanya ketika ditemui sewaktu pelancaran lagu Kembara Nabawi dan produk kecantikan Ali Zahraa Medina di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Terdahulu, sebelum bersama Pelita Lusoh, Aweera merupakan vokalis bagi kumpulan Mojo dan Prime Domestic.