"Saya Bukanlah Pemain Bola Yang Hebat, Tetapi Saya ....." - Zaquan Adha Dedah Punca Sering Jatuh Atas Padang

Rozaimi Zubaidi
April 18, 2019 04:13 MYT
Kapten pasukan bola sepak Malaysia, Mohd Zaquan Adha mengakui mempunyai sebab kenapa sering kali jatuh ketika berada di atas padang.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zaquan menjelaskan kecederaan yang dialami sebelum ini membuatkan dia sering jatuh.
"Alhamdulillah, bukan riak tetapi saya ingin berkongsi kepada semua atau rakan-rakan. Saya bukanlah pemain bola yang hebat tetapi saya tau saya mempunyai semangat yang kuat dan dikelilingi keluarga yang sentiasa berada dikala saya jatuh.
"Sepanjang kerjaya saya bermain bola selama ini saya pernah mengalami 4 kali operations ACL, 1 kali scop di lutut, 1 kali operation di tangan.
"Jika ada yang sentiasa sering mempersoalkan kenapa saya sering jatuh di padang ini lah sebenarnya yang saya terpaksa lalui dan apabila seseorang atlet telah mengalami kecederan ACL ia dikira sebagai satu kecacatan kekal dan mungkin stability badan tidak begitu baik dan mungkin itu menyebabkan saya sering jatuh.
"Alhamdulillah saya bersyukur Allah sentiasa memberi kekuatan dan rezeki kepada saya untuk terus bermain sehingga sekarang, jadi kepada rakan dan sesiapa sahaja athlete yang mengalami kecederaan tolong jangan giveup," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Zaquan dan mendoakan agar dia segera sembuh sepenuhnya daripada masalah yang dialaminya itu.
#Zaquan Adha #Pemain Malaysia