Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Bukannya Merompak Atau Merogol, Perkataan Bertaubat Bukan Untuk Saya" - Aliff Syukri

Hanafis Haris
23/02/2020 03:19 MYT
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan isu sebenar berhubung video yang menampilkan balu Allahyarham Abam Bocey.

Menurut Aliff, kedatangannya ke rumah Siti Nurhidayah Mohd Ali hanyalah sekadar melawat dan kesemua soalan yang dituju sudah mendapat kebenaran pihak berkenaan.

"Orang kata saya suka-suka muat naik video, tapi saya telah pun minta kebenaran.

"Ketika buat live, isteri arwah tahu. Video yang dimuat naik di Facebook juga telah minta kebenaran. Jadi tiada istilah nak laga-laga sebab saya pun tak tau cerita.

"Saya ada bukti dan video tersebut," katanya.

Aliff berkata demikian menerusi video di Instagram Story, semalam.

Sementara itu menerusi Harian Metro, Aliff menyatakan perkataan taubat yang ditujukan kepadanya oleh pelawak, Ali Puteh semalam, adalah tidak sesuai.

“Perkataan taubat itu tak sesuai untuk saya. Saya bukannya merompak dan merogol orang. Saya tidak fikir pertemuan dengan Nurhidayah satu kesalahan besar. Malah, saya tidak menjangka perkara ini boleh mencetuskan kontroversi.

“Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Cuma, kehadiran saya membuatkan Nurhidayah nak bercerita," katanya.

Difahamkan, Aliff bakal mengadakan satu sidang media khas esok bagi menjelaskan lebih lanjut mengenai kemelut ini.

Terdahulu, isu berkaitan Ali dan kakak iparnya itu tercetus apabila Nurhidayah mengeluarkan satu kenyataan menerusi video saluran YouTube Aliff Syukri.

Kenyataan berkenaan menyebabkan Ali yang memuat naik posting berbaur emosi di laman sosial Instagramnya.

Walaubagaimanapun, Ali telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Siti Noorhidayah dalam satu sidang media Jumaat lalu.

Namun, pada masa sama, Ali bertegas meminta supaya Aliff Syukri berjumpa dengan ibunya dan memohon maaf.

BACA : Ali Mohon Maaf Kepada Kakak Ipar, Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni

BACA: “Bertaubatlah Dan Minta Maaf Kepada Emak Kerana Dia Kecil Hati” - Ali Puteh Mahu Aliff Syukri Jumpa Ibu
#Kontroversi #Aliff #Ali
;