Hiburan

"Saya Bukannya Trauma Untuk Berkahwin Lagi, Tapi..." - Along Cham

gempak
Kamaruddin Razal
24/10/2018
07:54 MYT
Sponsor Banner
"Saya Bukannya Trauma Untuk Berkahwin Lagi, Tapi..." - Along Cham
Selepas melalui episod duka dalam kisah rumah tangganya, jarang kita dengar mengenai perkembangan terbaru pelawak dan pelakon Along Cham.
Bertemu dengan Along di sidang media Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) di The International Gallery at Alya, Bukit Kiara semalam, lelaki ini berkongsi mengenai perkembangan terbarunya.
"Selepas kes itu, saya berada di Johor dan bertugas sebagai penyampai radio. Selepas itu, saya kembali belakon menerusi drama bersiri komedi, Suamiku Mat Piun bersama Sharifah Sakinah.
"Selepas itu, saya juga berlakon filem arahan Mawi dan menjayakan beberapa projek lagi. Alhamdulillah, rezeki tak putus dan ia adalah perkembangan yang baik untuk kerjaya saya.
"Syukur kerana Suamiku Mat Piun tercalon dalam kategori Drama Komedi Terbaik di ASK 2018. Saya rasa sangat berbangga kerana ini merupakan penilaian dari pihak juri profesional," kata Along.
Beralih kepada perkembangan peribadi, Along masih selesa menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa tunggal.
Menafikan dirinya trauma untuk berkahwin semula, Along mahu peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
"Saya bukan trauma, tapi saya terfikir. Adakah saya mampu memegang status sebagai suami? Adakah saya boleh memberikan kebahagiaan kepada isteri?
"Apa yang terjadi dahulu, mungkin tiada kebahagiaan antara kami tetapi saya tak mahu salahkan mana-mana pihak. Saya sendiri dah boleh terima apa yang terjadi.
"Saya mohon peminat doakan saya dan saya harap peminat tidak lagi menyalahkan pihak sana kerana saya sudah memaafkannya... Tak guna untuk saya berdendam," katanya lagi.
Anugerah Skrin 2018 bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 2 November ini pada jam 9.00 malam dan disiarkan di TV3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live