Hiburan
“Saya Cakap Macam Tu Ke?” - Comelnya Tok Ti Komen Ajukan Sherry Alhadad ‘Aafiyah Anak Ibu’
Biduanita kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan respon terhadap ajukan mencuit hati pengacara Sherry Alhadad ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu 33 baru-baru ini.
Siti yang terhibur dengan gelagat spontan Sherry mengajuk gayanya bertutur ketika memanggil anaknya, Aafiyah turut berkongsi video pendek momen tersebut menerusi akaun Instagramnya.
“Saya cakap macam tu ke?? Hahahaha…” komennya.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 700,000 tontonan.
Manakala menerusi ruangan komen juga rata-ratanya menyatakan rasa lucu dan geli hati melihat telatah Sherry itu.
“Repeat banyak kali video ni... Kelakar la tang Aafiyah anak ibu dan ting tang ting... Terbaik @sherry_alhadad,” komen @umi.husna.526
“Adui... Lawak betul mereka malam tu… "Aafiyah anak ibu..." win,” tulis @wanah11
“Ada iras sikit. Masa tengok ni kat rumah dah tergelak dah…” coret @ainaaminah
Foto: Instagram @ctdk