Seorang peminat bukan Islam mengagumi cara pengacaraan Fedtri Yahya di dalam rancangan Jejak Rasul sehingga dia jatuh cinta kepada agama Yang Maha Esa.

Menurut peminat itu cara pengacaraan Fedtri membuatkan dia tersentuh dan tertarik.

Peminat tersebut menghantar mesej peribadi kepada Fedtri di akaun Instagram miliknya.

“Hai Abang Ahmad, saya ni bukan Islam sebenarnya tapi sejujurnya saya cintakan Islam.

“Saya juga ambil subjek Tasawur Islam untuk SPM sebagai subjek tambahan.

“Setiap tahun saya tunggu untuk ketibaan bulan Ramadan hanya demi rangcan Jejak Rasul. Saya terlalu suka pada rancangan itu dan ia juga menambahkan cinta saya terhadap Islam.

“Keep going dan syabas serta terima kasih sebab mengacara setiap episod secara interesting, bergetar jiwa dan meremang bulu roma,” tulis peminat itu.

Fedtri memuat naik paparan skrin mesej tersebut di kemas kini terbaharunya.

Menerusi entri tersebut Fedtri berkata ia hanya penyampai dan hanya Allah pemberi hidayah.

“Dakwah Muhammad takkan terlerai, disambung ulama unggul tarbiah.

“Abang Ahmad hanya penyampai, Allah jua pemberi hidayah,” katanya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-arata tersentuh dengan mesej peminat bukan Islam itu.

. Dakwah Muhammad takkan terlerai, disambung ulama unggul tarbiah, Abang Ahmad hanya penyampai, Allah jua pemberi hidayah ?

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on