Hiburan

"Saya Cuma Jaga Anak-Anak Dengan Cara Tersendiri" - Hairul Azreen Tak Terkesan Dengan Kritikan Netizen

gempak
Zulaikha Yusof
01/09/2020
08:52 MYT
Sponsor Banner
"Saya Cuma Jaga Anak-Anak Dengan Cara Tersendiri" - Hairul Azreen Tak Terkesan Dengan Kritikan Netizen
Pelakon Hairul Azreen, 33, tidak pernah melatah apabila sering dikritik dan dilemparkan komen negatif oleh netizen mengenai cara dia menjaga anak-anak.
Menurut Hairul, dia dan isteri, aktres Hanis Zalikha, 30, lebih tahu menentukan apa yang terbaik untuk permata hati mereka.
"Terus terang saya cakap, bila saya dengan keluarga, saya tahu dunia saya tu saja.
"Bagi saya simple. Apa yang saya rasa bagus untuk anak, saya buat la.
"Bila orang luar cakap apa-apa, ia ibarat kisah Ayah, Anak dan Keldai," katanya kepada Gempak.
Hairul ditemui ketika Majlis Pelancaran Al Aqsa Pusat Penghabisan Stok (AQSA PPS) serta pelantikan Dazrin Kamarudin sebagai Pengarah Urusan di Al Aqsa Shah Alam.
Tambah pelakon filem Paskal itu dia memilih untuk tidak membuang masa dengan melayan setiap kritikan yang diterima.
"Saya tak terfikir pun nak tengok komen-komen negatif netizen yang kritik cara saya jaga anak-anak.
"Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara tersendiri. Apa yang saya rasa betul, saya buat.
"Saya tiada masa nak fikir apa yang netizen cakap tentang cara kami jaga anak-anak," katanya lagi.
Sebelum ini, Hairul pernah ditegur oleh angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kerana memegang anak bongsunya, Alisa Aisyah dengan cara handstand ketika usianya empat bulan.
BACA: Hairul Azreen Paksa Anak Buat 'Handstand', Enggan Dengar Teguran Dr. Sheikh Muszaphar ... "Nasihat Supaya Orang Lain Tak Tiru"
BACA: Risiko Tulang Kaki Bayi Membengkok, Aksi ‘Handstand’ Bakal Mengundang Padah
Hairul dan Hanis telah berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024