Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Cuma Minta Hak Sebagai Bapa, Jumpa & Bermalam Dengan Anak-Anak" - Aliff Aziz

Amri Hassan
12/05/2024 09:25 MYT
Penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz hanya memohon diberikan hak sebagai seorang bapa kepada kedua-dua cahaya matanya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna sekiranya dia dan Bella ditakdirkan bercerai.

Lawat anak

Jelas Aliff, dia tidak mahu dinafikan haknya sebagai seorang bapa dan mohon diberikan izin untuk bertemu dan melawat anak-anaknya.

"Sekiranya perceraian ini berlaku dan hak penjagaan ini jatuh kepada ibu dia, saya tidak akan lawan keputusan hak penjagaan.


"Saya hanya meminta hak seorang bapa yang adil seperti melawat, bermalam bersama anak-anak.

"Saya tidak ingin pertalian di antara saya dan anak-anak terputus atau dihalang. Saya minta orang ramai doakan yang baik-baik," ujarnya menerusi temubual Melodi.

BERITA TRENDING: Aliff Aziz; Pendosa Yang Jujur Atau Pembohong Yang Munafik?

PILIHAN PEMBACA: Anak Sulung Aliff Aziz, Bella Astillah Tunjuk Power Menyanyi! Ayden Adrean Dapat Sorakan Ramai

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah, di ibu negara, Mac lalu.

Lebih hangat lagi, muncul seorang wanita mendakwa kekasih gelap kepada penyanyi Sayang-Sayang iaitu Sarah Yasmine mendedahkan perbualan mesej yang dipercayai antara Aliff dan Ruhainies.

Pada 11 Mac lalu, Bella telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
#Anak #Kontroversi #cerai #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Ayden Adrean #Curang #Hak #Ara Adreanna
;