Berita
“Saya Dah Bebas COVID-19, Tapi…”- Ashraf Muslim Dipantau KKM Di Rumah
Pelakon Ashraf Muslim akui dia masih dipantau penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meskipun kini sudah bebas dari COVID-19.
Ashraf yang kini sudah dibenarkan pulang didatangi KKM di rumah untuk dibuat pemeriksaan.
“Tadi dapat kunjungan dari abang-abang penguatkuasa kesihatan bagi memastikan saya dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah saya baik dan dah bebas dari Covid-19 tetapi masih juga dipantau oleh pihak KKM,” katanya.
Ashraf berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama penguatkuasa tersebut.
Tambah Ashraf lagi dia cukup berbangga dengan petugas KKM yang cukup cekap menjalankan tanggungjawab mereka kerana membantu memulihkan penyakit berbahaya itu di Malaysia.
“Saya cukup bangga dengan mereka ini kerana berhemah dan cekap menjalankan tanggungjawab.
“Tengok lah sekarang makin berkurang dah yang kena COVID-19 dalam Malaysia ni tapi tak semestinya kita dah boleh rasa seronok sangat sebab virus ni masih berada di luar sana.
“Terima kasih Frontliners, hanya Allah saja yang mampu membalas jasa kamu semua. Semoga Allah sentiasa melindungi anda,” katanya lagi.
Terdahulu, Ashraf disahkan positif Covid-19 selepas dikatakan pulang daripada menjalani penggambaran di Scotland bulan lalu dan sembuh sehari sebelum Ramadan.
Must-Watch Video