Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

“Saya Dah Berapa Hari Tak Makan…”- Jovian Mandagie Minta Sama-Sama Bantu Pemuda OKU

Syafiqah Jalal 19/08/2021 | 01:40 MYT
Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie meminta agar sama-sama membantu seorang golongan OKU (orang kurang upaya) yang mendakawa dirinya berada dalam kesusahan.
Pemegang kad OKU yang menggunakan nama Andy Kushairi di laman sosial itu memberitahu dia sudah beberapa hari tidak makan kerana kesempitan hidup.
“Saya minta jasa baik Datuk untuk bantu saya. Saya seorang OKU. Saya sudah berapa hari tak makan,” katanya.
Andy menyampaikan mesej tersebut menerusi mesej peribadi ke akaun Instagram (IG) Jovian.
Dalam masa sama Andy yang juga merupakan ejen jualan barangan Jovian itu turut menunjukkan kad OKU miliknya.
Jovian menerusi entrinya di IG, mendedahkan mesej tersebut dan meminta semua membantunya.
“Ya Allah bantulah sahabat kita Andy Kushairi untuk menjalani hidup dengan penuh keselesaan dan rezeki yang melimpah.
“Bagi mereka di luar sana boleh lah bantu Andy dengan memberi sokongan dengan pembelian apa pun barangan di bawah @jovianrtw. Beliau kini sudah menjadi seorang #JovianDropshipper,” mintanya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib Andy iaitu salah seornag yang terkesan di kala pandemik ini.
Untuk rekod, Jovian merupakan menantu kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob selepas mendirikan rumah tangga dengan Datin Nina Sabrina. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Jeanelle Nika Mandagie.

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

#Jovian Mandagie #makan #OKU #Pendapatan #COVID-19 #Lockdown #PKP
;