Berita
"Saya Dah Berumah Tangga 15 Tahun Lalu”- Altimet Tiada Niat Menipu, Tapi…
Penyanyi Altimet akui sudah mendirikan rumah tangga sejak 15 tahun lalu dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Menurut laporan Hlive Altimet akui sudah bersedia mendedahkan mengenai hal peribadinya.
“Ya, saya sudah berumah tangga sejak 15 tahun lalu.
“Saya kongsikan perkara ini ketika konsert terakhir saya hanya buat peminat yang menyokong saya selama ini kerana selepas ini saya pun sudah tiada lagi dalam industri.
“Sebelum ini orang kata saya menipu tapi sebenarnya saya simpan hal peribadi saya kerana tujuan saya dalam industri sebelum ini hanyalah untuk menjaja lagu dan nyanyian.
“Selepas ini saya akan meluangkan masa saya lebih buat isteri dan tiga orang anak saya,” katanya.
Mengulas mengenai konsert The Last Altimet Show yang berlangsung pada 16 Februari lalu, Altimet lega kerana ia sudah selesai.
“Alhamdulilah, bukan sahaja puas hati tetapi saya rasa lega apabila konsert yang saya rancangan selama ini selesai dengan baik.
“Saya akan tutup karier saya selepas ini dan tidak akan menerima mana-mana tawaran nyanyian lagi.
“Terima kasih kepada yang hadir menonton konsert saya,” katanya lagi.
The Last Altimet Show menghimpunkan 29 orang penyanyi terkenal tanah air seperti Joe Flizzow, Hazama, Sonaone, Tomok, Aizat dan ramai lagi.
Dengan dua puluh enam buah lagu yang dicipta Altimet dan kerjasama dengan artis-artis lain dipersembahkan dalam konsert selama lebih dua jam itu.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).