HIBURAN
“Saya Dah Cuba Pisang Tapi…” - Aina Abdul Beri Sebab Pilih Epal Merah Sebelum Menyanyi
Penyanyi, Aina Abdul akui mengamalkan pengambilan epal merah sebelum membuat persembahan adalah bagi membantu melancarkan nyanyiannya.
Menurut Aina, epal bukan sahaja membantu melonggarkan otot rahang yang tegang malah turut memberi tenaga maksimum kepadanya.“Sebenarnya epal itu berfungsi untuk melonggarkan ketat-ketay dekat rahang ni dan saya rasa epal is the best mechanism sebab dia bukan saha melonggarkan saya punya muscle tapi bagi saya tenaga yang maksimal.
“Saya dah cuba makan pisang dan beberapa buah lain tapi ia buat mulut saya rasa melekit buat saya epal merah adalah yang terbaik kalau epal hijau ia terlalu acidic untuk suara saya sesuai dengan epal merah,” jelasnya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Terus Hidup itu menasihatkan penyanyi lain untuk mencuba dahulu kerana tidak semua kaedah sesuai dengan setiap individu.
“Tapi kepada penyanyi diluar sana anda kena cuba dahulu takut tak sesuai dengan suara anda. Ada orang mungkin suka ambil madu tapi saya tak boleh kerana madu akan buat tekak saya kesat jadi saya pilih epal.
“Saya sebenarnya tak suka makan buah tapi kalau untuk adakan konsert memang saya akan cari epal, saya harap persoalan anda semua terjawab,” tambahnya.
Terdahulu, ada individu bertanya mengapa Aina suka memakan epal merah ketika menggadakan konsert dan membuat persembahan.