Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Saya Dah Jadi Ketagih Shopping Online" - Anzalna Nasir Nak Membeli Setiap Hari!

ZULHILMI JALIL 27/08/2020 | 05:27 MYT

Sejak pandemik Covid-19, kita semua hidup dengan norma baharu. Bahkan gaya hidup sedikit demi sedikit juga mula berubah, termasuklah pemilihan cara pembelian barangan keperluan.

Sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang memilih untuk membeli secara dalam talian sahaja demi mengurangkan risiko jangkitan.
Begitu juga yang dilakukan pelakon Anzalna Nasir apabila mula cenderung melakukan pembelian barangan peribadi dan keperluan secara online sahaja.
Namun, menurut Anzalna, situasi itu kemudian mula membimbangkan apabila merasakan dirinya seolah-olah mula 'ketagih' dengan cara norma baharu itu.
"Saya suka berbelanja, tapi sejak Covid-19, kebanyakan semua beli online! Masalahnya, sekarang ini setiap hari ada sahaja barang nak beli.
"Saya dah jadi ketagih membeli-belah secara online sebab seronok bila barang sampai depan rumah! Macam orang bagi kita hadiah!," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Anzalna turut memuat naik video yang memaparkan antara parcel yang baru diterimanya.

I love to shop! tapi sejak Covid kebanyakkan semua beli online! Masalahnya sekarang ni setiap hari ada je barang nak beli I dah jadi ketagih shopping online sebab seronok bila barang sampai depan rumah! Macam orang bagi kita hadiah! ? Hahaahahahah Nasib baik anak I lelaki kalau perempuan rasanya lagi banyak benda I shopping! Siapa lagi ada masalah macam I? ?

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Antaranya termasuklah, kasut, baju, seluar dan anak patung.
"Nasib baik anak saya lelaki. Kalau perempuan rasanya lagi banyak benda saya berbelanja! Siapa lagi ada masalah macam saya?" katanya.
Di ruangan komen, rata-rata mengakui berdepan masalah yang sama seperti Anzalna apabila tidak dapat menahan diri daripada membuat pembelian secara online.
"Saya! Tapi saya baru nak berhenti..buat masa ini dah berjaya dua hari.
"Dulu habis beratus setiap bulan. Penat je cakap taubat dah setiap kali tak ada duit, ada duit buat balik.
"Hilang stres shopping online ni, tapi kalau kena tipu lagilah stres," tulis sebahagin pengikutnya.
Sebelum ini, penyedia perkhidmatan kurier juga terpaksa kerja lebih masa apabila menerima ratusan ribu parcel setiap hari untuk dihantar sejak PKP
BACA: "Harap Anda Bersabar" - Pos Malaysia Terima Purata 600,000 Parcel Setiap Hari Ketika Tempoh PKP?

#Anzalna Nasir #Shopping #Online
;