gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Bunuh Isteri Hamil Kerana Kecewa Bakal Dapat Anak Perempuan
HIBURAN
Bekas Pelakon Wanita Terima Aset RM1.1 Bilion Daripada Bapa Mentua Sebelum Meninggal
VIRAL
“Gaya Macam Orang Berumur" – Netizen Terkejut Bila Tahu Umur Sebenar CEO Batu
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Saya Dah Penat Hidup Dengan Suami NPD...” – Siti Jamumall

gempak
Umirah Halim
24/05/2025
06:28 MYT
Sponsor Banner
“Saya Dah Penat Hidup Dengan Suami NPD...” – Siti Jamumall
Selepas melalui fasa penuh emosi susulan penceraian kali kedua dengan suaminya, Aiman, pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall, berkongsi luahan hati.
Menerusi satu hantaran penuh luahan hati di media sosial, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahidin meluahkan rasa kecewa apabila menerima pelbagai kecaman daripada netizen sejak insiden pertelingkahan mereka berlaku secara langsung di TikTok hingga membawa kepada lafaz cerai.
@sitijamumall
Aku pilih untuk "EXIT"
♬ original sound - sitijamumall
“Cukup-cukuplah lapan hari aku bersedih, kena maki, macam-macam korang cakap pasal aku. Aku seorang je tahu apa yang terjadi dalam rumah.
“Aku dah penat hidup dengan orang yang manipulatif. Siapa yang pernah hidup dengan suami ada NPD (Narcissistic Personality Disorder), dia akan faham,” tulisnya.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia kini memilih untuk mengutamakan diri dan anak-anak selepas berpisah.
“Sekarang ni aku kena fokus, tak ada sesiapa pun nak nafkahkan anak-anak dan diri aku. Cakap je boleh, tapi tindakan tak ada.
“Mulai hari ini, aku akan kuatkan hati aku. Korang akan nampak the new me, the new reborn Siti Jamumall. Aku yang lama dah mati. Aku nak tutup semua yang berlaku, aku tak nak ingat dah,” ujarnya lagi.
Siti turut yakin bahawa ujian yang dilalui ini adalah permulaan kepada rezeki dan kehidupan yang lebih baik buat dirinya.
“Aku akan bangkit semula dan aku yakin ini adalah permulaan yang Allah nak bagi lebih untuk aku.”
Terdahulu, perkahwinan antara Siti dan Aiman menjadi perhatian ramai selepas berlaku pertelingkahan secara langsung di TikTok, sebelum Aiman melafazkan cerai di hadapan khalayak.
Difahamkan, ini merupakan kali kedua pasangan tersebut bercerai selepas pernah rujuk semula sebelum ini.
Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, menetapkan 21 Julai depan bagi sebutan kes tuntutan pengesahan lafaz cerai pasangan pempengaruh, Khairul Aiman Abdul Kudus dan Siti Suriani Wahiddin.
Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada tahun 2019, namun hubungan itu berakhir selepas tiga tahun.
Hasil perkahwinan pertama, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.
Dia kemudian bernikah dengan Aiman dalam sebuah majlis tertutup di Satun, Thailand pada Jun 2023.
Topic Berkaitan
#cerai
#Aiman
#Tak Kisah
#jamumall
Must-Watch Video