"Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya. Saya dah rasa lega dah," demikian kata balu arwah Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali ringkas kepada Gempak usai prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Nor Hidayah, 33, diminta mengulas mengenai kemenangannya berhubung kes saman fitnah terhadap adik iparnya, Syed Ali Puteh yang difailkan dua tahun lepas.
Sementara itu, kata peguam yang mewakili Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad, kemenangan itu sekali gus telah membersihkan nama serta reputasi keluarga Hidayah.
"Alhamdulillah mahkamah hari ini memberikan keputusan yang mana ia berpihak kepada anak guam kami.
"Tuntutan keluarga arwah Abam dan Ali terhadap anak guam saya, Nor Hidayah telah ditolak dengan kos.
"Manakala, tuntutan kami terhadap Ali telah dibenarkan dengan kos juga, ganti rugi RM60,000 telah dipersetujui oleh mahkamah untuk dibayar kepada Hidayah.
"Kami percaya keputusan ini telah membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami dan berharap selepas ini tiada lagi.
"Sebelum ini ada kenyataan dibuat seolah-olah ada pihak dianiaya oleh anak guam kami tapi hari ini mahkamah telah menjelaskan bahawa tiada berlaku sebarang penganiayaan, sebaliknya yang dianiaya adalah anak guam kami," katanya.
Kontroversi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya menuduh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.
Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.
Amri Hassan
Fri Feb 18 2022
.jpg?ext=.jpg)

Ashton Kutcher Dedah Alami Penyakit Parah: “Saya Bersyukur Kerana Masih Hidup”
Aktor Ashton Kutcher mengejutkan peminatnya dengan pengakuan mengenai kesihatan dirinya.

Victoria Beckham & Menantu Kaya Tak Ngam
Khabar kurang enak datang dari keluarga Victoria Beckham. Isteri pemain bola legenda David Beckham ini didakwa bermasam muka dengan anak menantunya yang kaya raya, Nicola Peltz.

“Malu Tapi Bila Terbayang Mak Ayah Dekat Rumah…” - Muncul Live Di TV, Ryan Bakery Pun Ada Rasa Gementar Tau!
Ryan dah masuk tv guys!

Syafiq Yusof Tak Mahu Berlumba Dengan Keluarga Sendiri - "Abang Dan Ayah Sifu Saya"
Syafiq berkata, kritikan penonton boleh membantu memperbaiki karyanya pada masa akan datang
![[VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia! [VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/minimal-aesthetic-business-name-facebook-cover-(23)_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Nyanyian Amir Masdi Memukau Netizen, Digelar Rockstar Malaysia!
Amir dapat duet dengan ratu rock

Astro Go Shop Raikan Hari Kebangsaan Dengan 'Go Gemilang Sale'
Raikan Hari Kebangsaan bersama Go Shop dengan baucar diskaun sehingga RM112 melalui ‘Go Gemilang Sale’ dari 8 Ogos hingga 18 September 2022.

Perginya Raja 'Pleat'... Pereka Fesyen Issey Miyake Meninggal Dunia Kerana Kanser Hati
Berita duka buat pencinta fesyen...

Pandelela Rinong Bangga Prestasi Atlet Muda, Akui Bergelut Dengan Masalah Jet Lag Di Birmingham
Jangan putus asa.

“Inilah Saya… Jika Anda Boleh Menerima Saya, Alhamdulillah” - Elyana Perjelas Status Sudah Tidak Berhijab
Elyana perjelas isu sudah tidak berhijab

Ainul Diserang Sawan, Ibu; "Seperti Ditidurkan, Hanya Bola Mata Saja Mampu Gerakkan"
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.