Pelakon Ika Nabella berkongsi berita gembira apabila suaminya, Muhammad Zaid Aznam kini sudah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram (kg).

Bahkan, menurut Ika, dia mengakui tidak menyangka bahawa suaminya itu boleh kurus seperti yang pernah di

"Oh ya! Bercakap pasal 100KG. Suami saya dah 70kg! Jadi, saya dah tak bersuamikan peti ais macam yang korang kutuk-kutuk dulu. Saya tak marah.

"Saya geli hati tetapi memang tak sangka dia boleh kurus! Dulu selalu saya cakap kepada dia 'macam mana eh rupa awak kalau kurus kan sayang? Mesti lagi hot'," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Bercakap mengenai berat badan suaminya, kata Ika dia mengakui tidak pernah tahu mengenai berat badan suaminya ketika di awal perkahwinan.

"Saya tak perasan yang dia dulu pernah 100kg sewaktu kami berkahwin empat tahun lalu.

"Saya tak sedar dia bambam. Cinta itu buta. Saya nampak dia kacak sahaja, sasa haha. Patutlah ada orang kutuk-kutuk saya cakap duit punya pasal, laki gemuk pun sanggup kahwin. Hahaha..biadap korang!," selorohnya.

Dalam entri tersebut Ika turut berkongsi gambar suaminya yang baru sahaja berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

"Hari ini dia menjadi orang nombor dua daripada 70 pendaki yang berjaya sampai ke Puncak Gunung Kinabalu. Tahniah sayang. Sekarang ini, kita berkongsi hobi yang sama," luahnya.

Indeed I’m a proud wife. I didn’t realize that He was 100kg when we got married 4years ago. Dulu waktu bercinta I work out with my PT dia kt sebelah teman. Hehehhe patut la dia tak join my exercise routine dulu rupanya dia bersaiz besar. Mengah agaknya. Lillahitaala I tak sedar dia bambam. Cinta itu buta. I nampak dia handsome je sasa hahahah no wonder ada org kutuk2 I ckp duit punya pasal laki gemok pun sanggup kahwin. Hahahahahahhaha biadap korang! & today he is the 1st runner up among 70 climbers yg berjaya sampai ke Puncak Gunung Kinabalu.Congratulations Sayang @zaidbowie now we share the same hobby! Oh ya! Bercakap pasal 100kg. My husband dah 70kg!!! So I dah tak bersuamikan peti ais mcm yg korang kutuk2 dulu ? I tak marah. I geli hati but I mmg tak sangka dia boleh slim!!!dulu I selalu ckp kt dia “mcm mana eh rupa you kalau kurus kan syg? Mesti lagi hot ?” Korang boleh teka tak macam mana dari size XL boleh tukar ke size S????? ? @zaidbowie akan share rahsia kurus, sihat, bertenaga & jantan habis kt @fitasfiddle.my_officialhq Follow ok? ??

A post shared by meet - I K A N A B E L L A (@ikanabella) on


Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim, mendirikan rumah tangga dengan Zaid pada 30 Julai 2016.

Pasangan itu kemudian dikurniakan anak sulung, Mohammad Noah Zayn selepas tiga tahun berkahwin.