Berita
"Saya Dah Tak Bersuamikan 'Peti Ais'"- Ika Nabella Tak Perasan Suami Pernah Berat 100KG, Cinta Itu Memang Buta!
Pelakon Ika Nabella berkongsi berita gembira apabila suaminya, Muhammad Zaid Aznam kini sudah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram (kg).
Bahkan, menurut Ika, dia mengakui tidak menyangka bahawa suaminya itu boleh kurus seperti yang pernah di
"Oh ya! Bercakap pasal 100KG. Suami saya dah 70kg! Jadi, saya dah tak bersuamikan peti ais macam yang korang kutuk-kutuk dulu. Saya tak marah.
"Saya geli hati tetapi memang tak sangka dia boleh kurus! Dulu selalu saya cakap kepada dia 'macam mana eh rupa awak kalau kurus kan sayang? Mesti lagi hot'," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Bercakap mengenai berat badan suaminya, kata Ika dia mengakui tidak pernah tahu mengenai berat badan suaminya ketika di awal perkahwinan.
"Saya tak perasan yang dia dulu pernah 100kg sewaktu kami berkahwin empat tahun lalu.
"Saya tak sedar dia bambam. Cinta itu buta. Saya nampak dia kacak sahaja, sasa haha. Patutlah ada orang kutuk-kutuk saya cakap duit punya pasal, laki gemuk pun sanggup kahwin. Hahaha..biadap korang!," selorohnya.
Dalam entri tersebut Ika turut berkongsi gambar suaminya yang baru sahaja berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.
"Hari ini dia menjadi orang nombor dua daripada 70 pendaki yang berjaya sampai ke Puncak Gunung Kinabalu. Tahniah sayang. Sekarang ini, kita berkongsi hobi yang sama," luahnya.
Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim, mendirikan rumah tangga dengan Zaid pada 30 Julai 2016.
Pasangan itu kemudian dikurniakan anak sulung, Mohammad Noah Zayn selepas tiga tahun berkahwin.