gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Pengorbanan Saya Tahun Ini Bukan Pada Sembelihan Namun…” – Tamat Misi Kayuhan Ke Madinah, Amar Baharin Menangis Ziarah Makam Nabi
HIBURAN
Dua Bulan Berada Di Tanah Suci, Zhiddin Aziz Tanam Impian Nikah Di Mekah - “Ketenangan Di Sana Membuatkan Saya…”
VIRAL
Pemuda Dituduh 'Jilat' Budak 9 Tahun
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Saya Dalam Perhubungan Tetapi...” - Tyra Kamaruzzaman Jawab Spekulasi Kembali Pada Aazief Khalid

gempak
Azwa Rahman
21/09/2020
07:24 MYT
Sponsor Banner
“Saya Dalam Perhubungan Tetapi...” - Tyra Kamaruzzaman Jawab Spekulasi Kembali Pada Aazief Khalid
Usahawan kosmetik dan personaliti media sosial Tyra Kamaruzzaman menafikan dia kembali menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih yang juga anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Tyra menjawab soalan seorang pengikutnya di IG Story yang inginkan kepastian tentang perkara itu.
“Ya, saya kini dalam perhubungan tetapi Aazief bukan kekasih saya sekarang. Kami tidak kembali bersama seperti mana cakap-cakap orang yang menyatakan kami kembali bercinta.
“Ramai orang buat spekulasi sendiri. Korang ni tengok banyak sangat filem la.
“Untuk menjelaskan keadaan, saya dan Aazief adalah rakan perniagaan. Kami bertemu bila ada kerja, profesional. Kami masing-masing dah besar la,” tulis Tyra merungkai persoalan.
Minggu lalu, hubungan Aazief dan kekasihnya personaliti media sosial Sharifah Rose menjadi buah mulut netizen apabila masing-masing memadam gambar bersama di IG.
BACA: Dah Tak Ada Gambar Bersama Di Instagram, Sharifah Rose & Aazief Khalid Putus Cinta?
Di laman sosial, ramai wargamaya yang membuat spekulasi bahawa Tyra menjadi punca Aazief berpisah dengan Rose dan berkongsi beberapa keping foto pasangan itu telah kembali bersama.
Terdahulu, Tyra dan Aazief berpisah pada Mei 2019 dan kemudian anak Datuk K itu saling mengenali hati budi Rose pada Ogos 2019.
Rose pula sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Ismail Izzani.
Topic Berkaitan
#Sharifah Rose
#Aazief Khalid
#Tyra Kamaruzzaman
Must-Watch Video