Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Dapat Berlawan Dengan Orang Yang Tumbangkan Cruz” - Pak Azad K.O Lawan Jojo Ghazali Tapi Tetap Rasa Happy

Mya Amri
01/10/2024 09:31 MYT
Buat pertama kalinya penyampai radio ERA, Azad Jasmin berpeluang untuk bertarung dengan jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali.

Rasa bertuah dapat bertarung dengan Jojo

Azad atau lebih mesra dipanggil Pak Azad menyatakan rasa berbesar hati apabila Jojo sudi meluangkan masa bersama menyertai acara istimewa yang dibawakan oleh ERA iaitu Jojo vs Jadjad Pertarungan Sengit Abad Ini yang berlangsung pada Selasa.

Malah, Pak Azad juga mengatakan dirinya merupakan orang paling bertuah kerana dapat beraksi bersama Jojo.

“Secara jujurnya saya rasa saya berada dalam kalangan manusia yang hidup di Malaysia ini yang sangat bertuah.

“Bayangkan, Jojo berjaya kalahkan Josue Cruz tapi saya dapat berlawan dengan orang yang tumbangkan Cruz itu.

“Saya rasa seperti satu penghormatan besarlah. Dapat pula berada dalam satu ring dengan Jojo, memang pengalaman tang seronok,” ujarnya.

Terdahulu, Jojo atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sebelum ini terus membuktikan kejaguhannya apabila mengalahkan Josue Cruz dari Mexico dalam pertarungan ONE 168: Denver dengan keputusan 'knockout' (KO) September lalu.

Petarung berusia 17 tahun itu tampil dengan persembahan cukup agresif dan hanya memerlukan satu pusingan untuk menumbangkan Cruz.

Untuk rekod, kemenangan KO ke atas Cruz adalah yang kelima Jojo dalam aksi ONE Championship.

Dia merekodkan enam kemenangan daripada tujuh penampilan dengan lima kemenangan diperoleh menerusi pukulan KO.

Kemenangan turut menyaksikan Jojo membawa pulang wang tunai sebanyak RM216,500 atas kejayaannya menumpaskan lawan hanya dalam satu pusingan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL PENUH INI DI GEMPAK

#Era #Khabib #Muay Thai #Pak Azad #Jojo Ghazali #Jaguh
;