Penyanyi dan komposer, Shio memberitahu bahawa dia mendapat inspirasi menghasilkan lagu tema filem The Garden of Evening Mists ketika bercuti di Jepun.

Shio atau nama sebenarnya, Quek Shio Yee berkata, ketika itu dia berada di sebuah kolam air panas semula jadi ataupun lebih dikenali sebagai onsen di Jepun.

"Saya pergi bercuti di Jepun bersama keluarga saya. Di kawasan tempat menginap, terdapat satu onsen berdekatan. Di situlah saya mendapat inspirasi.

"Ilham itu datang menerpa tiba-tiba. Saya terus nyanyikan lagu itu dan menulisnya.

"Sebaik pulang dari Jepun, saya terus siapkan lagu itu sepenuhnya," katanya kepada Gempak.

Shio juga merupakan penyanyi lagu berjudul Exist yang menjadi lagu tema filem The Garden of Evening Mists.

BACA: Shio Teruja Diberi Peluang Nyanyi Dan Hasilkan Lagu Tema Filem The Garden of Evening Mists

Bakatnya mula dilihat selepas menyertai program realiti The Ultimate Song pada 2013 terbitan sebuah stesen televisyen tempatan.



Filem The Garden of Evening Mists menampilkan gandingan pelakon tempatan, Sinje Lee dan aktor Jepun, Hiroshi Abe selaku teraju utama.

Karya arahan pengarah Taiwan, Tom Shu-Yu Lin itu merupakan naskhah adaptasi novel tulisan Tan Twan Eng.

Filem yang mendapat sembilan pencalonan di Anugerah Golden Horse ke-56 itu sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 16 Januari.

BACA: The Garden of Evening Mists Menang Anugerah Rekaan Kostum & Solekan Terbaik, Anugerah Golden Horse ke-56

Jangan lupa saksikan filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu dipawagam berdekatan anda.