Hiburan

“Saya Dapat Rasa Apa Yang Pak Cik Ni Rasa” - Anzalna Ingin Bantu Keluarga Allahyarham Nur Surya

gempak
Hanafis Haris
04/11/2020
04:44 MYT
Sponsor Banner
“Saya Dapat Rasa Apa Yang Pak Cik Ni Rasa” - Anzalna Ingin Bantu Keluarga Allahyarham Nur Surya
Pelakon jelita, Anzalna Nasir meluahkan hasrat untuk membantu keluarga mangsa kes pembunuhan membabitkan seorang gadis, Siti Nur Surya Ismail, 19 di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu pada Ahad lalu.
Perkara itu diumumkan menerusi satu posting di Instagram Story Anzalna, semalam.
Menurut Anzalna, dia dapat merasai penderitaan dialami keluarga tersebut terutamanya bapa mangsa.
“Walaupun bukan di tempat pakcik ini tetapi saya dapat rasa apa yang di rasa.
“Sesiapa kenal pakcik ni boleh mesej Anzalna, terima kasih,” katanya ringkas.
Gempak difahamkan, niat Anzalna untuk mendapatkan nombor bapa mangsa adalah untuk meringankan beban khususnya buat ibu arwah yang dikatakan menghidapi kanser.
Untuk makluman, Anzalna sebelum ini sinonim dengan kerja amal, membantu keluarga dalam kesempitan termasuk kanak-kanak yang menghidap kanser sejak 2014.
Terdahulu, Siti Surya ditemui adik perempuannya, Siti Nur Syuhada, 15, tertiarap di hadapan televisyen di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan ketika pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang, kelmarin.
Difahamkan, mangsa dipercayai dibunuh perompak yang memecah masuk rumahnya sekitar 9 pagi.
Mangsa yang turut mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka dipercayai bergelut sebelum dibunuh menggunakan senjata tajam.
Polis kini masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
BACA: Kes Bunuh Surya: Suspek Dakwa Diejek Miskin & Masih Tak Punyai Teman Lelaki
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live