Viral
"Saya Dapat Tahu Bukan Saya Seorang Saja Terkena ..." - Pelanggan Jenama Tempatan Ini Nak Duit 'Refund' RM452 Kerana....
Seorang pengguna Twitter, Fatin Izati, 19, meluahkan rasa kurang senang dengan pengurusan sebuah jenama fesyen tempatan yang mengeluarkan koleksi pakaian wanita muslimah.
Kata Fatin, baju raya yang dipesan tidak sampai pada waktu yang dijanjikan, justeru dia meminta jenama itu untuk memulangkan semula wangnya yang berjumlah RM452 dengan kadar segera.
"Saya order baju menerusi 'personal shopper' pada 6 Mei lalu terus membuat bayaran penuh. Pada 12 Mei saya mendapat kiriman mesej yang menyatakan baju tersebut tidak dapat sampai ke butik sebelum Hari Raya Aidilfitri.
"Saya terus minta 'refund' dan pihak sana menjanjikan bayaran akan dibayar secara berperingkat. Selepas beberapa hari, saya mesej semula untuk menanyakan tarikh yang akan dibayar tetapi tidak dibalas.
"Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya mereka lambat untuk memulangkan duit saya. Tujuan saya viralkan di media sosial supaya tidak ada orang lain yang terkena juga.
"Saya dapat tahu bukan saya seorang saja terkena, ramai lagi termasuklah kakak ipar dan kawan saya," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Fatin, dia kecewa kerana diberitahu di saat akhir mengenai baju raya yang dipesan itu.
"Saya tidak terlintas untuk hubungi jenama itu sendiri kerana merasakan tidak perlu memandangkan saya berurusan dengan 'personal shopper' dia.
"Mereka merupakan satu jenama yang terkenal, sepatutnya mereka perlu bersedia dengan stok baju. Janganlah cakap baju ada tetapi hakikatnya tak ada.
"Sudahlah di saat akhir, lagi seminggu nak raya dia buat pelanggan macam ini.
"Kalau nanti stok baju yang saya nak tu dah sampai pun saya tetap tak nak. Apa yang penting saya ingin duit saya kembali," katanya.
Dalam pada itu, Fatin mendedahkan baju dari jenama itu adalah baju yang paling mahal dibeli hasil duit bekerja.
"Ramai yang kecam dan salah faham dengan ayat 'saya bukan orang kaya'. Saya menyimpan semata-mata untuk dapatkan satu baju yang saya suka dengan hasil titik peluh. Itu duit saya, mestilah saya nak kembali.
"Saya tak pernah tau yang jenama pernah ada isu pada tahun lepas. Kalau tau, tak akan saya sanggup nak beli lagi. Saya percaya dengan 1.2 juta pengikut di Instagram (IG)," katanya lagi.
Menerusi pemerhatian Gempak, di ruangan komen rata-rata pembeli yang mengalami situasi sama meluahkan rasa marah dan menginginkan baju raya mereka.