"Saya Datang Sebagai Seorang Juri, Tak Sangka Dapat ....." - Zamani
Rozaimi Zubaidi
18/02/2019 07:57 MYT
18/02/2019 07:57 MYT
Penyanyi Zamani Slam mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk menjadi juri dalam program realiti nyanyian baharu berjudul Mikrofon Impian.
Menurut Zamani, dia tidak sangka apabila dipertemukan dengan kakak kepada peserta Mikrofon Impian, Nur Emina Farhana yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).
"Saya tak sangka apabila ada peminat saya yang begini dan mengenali saya.
"Hari ini saya datang sebagai seorang juri sahaja, tak sangka dapat kejutan sebegini. Saya doakan agar awak berjaya.
"Awak punya nyanyian saya tidak boleh komen tetapi cuma saya bersyukur dapat jadi artis sedangkan kawan-kawan saya yang susah ada suara macam ini tidak mendapat peluang," katanya.
Episod pertama program Mikrofon Impian menyaksikan Nur Emina Farhana memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 10,000 untuk menyelesaikan masalah hutangnya.
Menerusi segmen Cerita Mikrofon Impian yang dibawakan oleh Chatime Malaysia, Emina berkata dia bersyukur apabila dipilih sebagai juara.
"Rasa macam orang baru, nafas baru dan semangat baru, Insya Allah saya akan cuba memandang ke hadapan lagi untuk lebih berjaya.
"Saya cuma buat yang terbaik untuk membantu dan meringkan bebanan keluarga sahaja," ujarnya.
Program Mikrofon Impian diterajui Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil sebagai hos dan menampilkan tiga juri tetap iaitu Fauziah Latiff, Azmi Saat dan Pengarah Urusan Chatime Malaysia, Aliza Ali yang akan mengadili para peserta.
Dua peserta akan berentap dalam pusingan kalah mati untuk setiap episod dan mereka diminta menjelaskan situasi kewangan sebelum menyanyikan lagu pilihan masing-masing di hadapan juri.
Masyarat yang prihatin boleh turut membantu dengan menyumbang secara ikhlas kepada peserta yang memerlukan sekiranya mereka gagal memenangi sebarang wang kemenangan menerusi platform MaybankHeart.
Setiap minggu para peserta juga akan diadili oleh juri undangan khas seperti Zamani, Elyana, Mark Adam, Elizabeth Tan, Tomok, Hazami, Salih Yaacob, Mawi dan Siti Nordiana.
Mikrofon Impian dibawakan oleh Chatime Malaysia bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).