,
Laman Utama

“Saya Dengan Penuh Gembira…” - Sah! Ernie Zakri Nyanyikan Lagu Astana Di SFMM38

Amri Hassan
15/12/2023
12:52 MYT
Penyanyi terkenal Ernie Zakri bakal menyanyikan sendiri lagu Astana pada Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM 38), esok.
Syarikat rakaman Universal Music Malaysia yang mewakili Ernie berkata, perkara itu diputuskan selepas pihak Rocketfuel menghubungi mereka, semalam.
"Rocketfuel ada menghubungi kami untuk berbincang perkara ini. Selepas mengambil kira banyak perkara selain tidak mahu membiarkan isu ini berlanjutan, jadi Universal Music Malaysia bersetuju dan membenarkan Ernie selaku penyanyi asal dan komposer lagu Astana untuk membuat persembahan.
"Berhubung terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dengan Media Prima Berhad, pihak RIM menyerahkan perkara ini kepada kami di Universal Music Malaysia untuk membuat keputusan. Ditambah lagu ini sudah pun dicalonkan sejak Februari.
"Pada masa sama, kami tidak mahu isu ini terus berpanjangan dan diperdebatkan. Diharap pihak terbabit segera mencari solusi terbaik," katanya.
Sementara itu, Ernie berkata, dia lega apabila dapat menyanyikan lagu Astana.
"Seperti yang diperkatakan sebelum ini, saya selaku penyanyi asal dan komposer lagu ini sudah tentu mahu menyanyikan lagu ini. Mana mungkin tidak. Malah, tidak pernah sekali saya berkata atau mengeluarkan kenyataan tidak mahu dan tarik diri.
"Jadi, selepas melalui proses perbincangan yang panjang antara semua pihak dan pihak Universal Music Malaysia pun tidak pernah menghalang saya untuk menyanyikan lagu ini, saya dengan penuh gembira akan menggalas sendiri tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu Astana.
"Terima kasih sekali lagi kepada pihak Universal Music Malaysia yang sentiasa memahami dan percaya akan bakat saya. Kepada peminat dan semua pihak yang sentiasa ambil berat, saya hargai sokongan anda," katanya.
Terdahulu, RIM dan MPA dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.
Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan.
Malah, Universal Music Malaysia juga berkata, Ernie selaku artis yang kini di bawah naungan mereka cakna mengenai kenyataan RIM dan MPA mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam Muzik- Muzik yang masih dalam perundingan.
Lagu Astana adalah ciptaan bersama Ernie dengan Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman yang tercalon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kebahagiaan Saya Adalah Dia..." - Ini Luahan Hati Syamel Buat Ernie Zakri Selepas Menang SCTV Awards 2024 Di Indonesia

gempak
22/11/2024
04:55 MYT
Penyanyi, Syamel menyatakan kemenangan isterinya, Ernie Zakri di Anugerah SCTV Awards 2024 adalah rezeki untuknya.
Hiburan

Ernie Zakri Tak Sangka Bawa Pulang Anugerah Di SCTV Awards 2024 - “Datang Sini Untuk Nyanyi Je…”

gempak
21/11/2024
02:25 MYT
Menurut pelantun lagu Aura itu, dia hadir ke majlis itu hanya untuk membuat persembahan sahaja namun tidak menyangka akan membawa pulang satu anugerah.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Hiburan

“Dulu Orang Tak Terima Bakat Saya Sebab Tak Cantik & Gemuk” - Nadeera Kenang 13 Tahun Perjalanan Karier Seni, Syukur Sekarang Ramai ‘Buka Mata’

gempak
20/11/2024
01:30 MYT
Penyanyi Nadeera mengakui terkenangkan perit jerih perjalanan karier seninya 13 tahun lalu yang tidak diterima sesetengah pihak gara-gara sering dicerca.
Unitar