Pelawak dan penyampai radio Danial Zaini tampil memohon maaf diatas kesilapannya dalam menyampaikan maklumat mengenai pembatalan sesi bertemu peminat penyanyi K-pop, Kim Jae Hwan, baru-baru ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Danial menjelaskan kesilapan yang dilakukan olehnya dan berharap orang ramai dapat memaafkan kesalahannya itu.
"Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Saya ingin menjelaskan bahawa terdapat kekhilafan di pihak saya ketika menyampaikan maklumat mengenai pembatalan sesi bertemu peminat penyanyi K-pop, KIM JAE HWAN menerusi stesen radio ERA pada 29 Julai lalu dengan mengatakan bahawa KIM JAE HWAN yang tidak mahu hadir ke Stadium Malawati, Shah Alam pada 27 Julai 2019.
"Justeru itu, saya dengan seikhlas hati meminta maaf kepada KIM JAE HWAN serta peminatnya kerana saya menyampaikan maklumat yang kurang tepat kepada pendengar radio ERA.
"Terima kasih atas sokongan anda dan memahami situasi ini. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya yang kerdil ini," tulisnya.
Sebelum ini, acara bertemu peminat 'Kim Jae Hwan Fan Meeting 2019' yang dijadualkan bermula pada jam 6 petang, pada 27 Julai 2019 di Stadium Malawati Shah Alam dibatalkan selepas pihak penganjur gagal mendapatkan kelulusan permit.
Menerusi satu kenyataan, penganjur UnUsUal Entertainment memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Twitter dan memohon maaf kepada peminat kerana membuat pengumuman saat terakhir.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Danial kini muncul dalam program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Rozaimi Zubaidi
Sun Aug 04 2019


Kes Jenayah Seksual Da’i Syed, Diteruskan Atau Ditarik Balik? Rupa-Rupanya...
Pengadu dalam kes itu telah ...

CANTIK TAK - EP5
Konsep apa saja yang sempat uols! Hahaha, ada ye konsep mekap macam tu? Tapi kalau dah ada anak kecil ni kan memang mencabar tau! Nak tahu sebab apa Elfira mengucap panjang bila Rayyan pegang gincu? Jom tonton sama-sama, memang terhibur gais. #SmileOutLoud #ColgateOpticWhiteO2 #CantikTak #RiaX #RamadanSLK #RayaSLK @colgate_malaysia

Eh Lovenya! Siti Nurhaliza 'Ambil Takhta’ Di New York Times Square!
Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu....

“Jangan Bertuhankan Duit” - Pernah Discam, Ini Pesan Farah Nabilah
Drama yang beri pengajaran.

Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah Anak Ketika Sambutan Hari Jadi Pertama
Wah comelnya anak Miera....

“Epidural Tu Pun Sejenis Drugs..”- Mahu Bersalin Secara Natural, Raja Ilya Pilih Water Birth
Macam mana bersalin dalam air?

Uqasha Senrose Terima Tawaran Berlakon Daring, Kamal Adli Tak Selesa.. - “Kita Bukan Hollywood”
Apa dah jadi ni?

"Saya Sihat..."- Dapatkan Rawatan, Yasin Masih Pertahankan Kanabis?
Alhamdulilah Yasin nampak sihat...

Ditawar Habuan Lumayan Jadi Duta Produk, Eizlan Yusof; "Saya Tak Boleh Ulas Lanjut..."
Eizlan Yusof enggan mengulas lanjut. Betul ker tak?

“Asal Liwat Je Mesti Sekolah Agama…” - Netizen Kritik Perbuatan Jijik Guru Agama Liwat Pelajar Bawah Umur
Netizen kritik guru agama liwat pelajar bawah umur