Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Saya Depresi Bila Fikir Soal Anak" - Gagal Rawatan IUI, Atilia Rancang Ambil Anak Angkat

Amri Hassan 17/05/2019 | 03:35 MYT
Selepas gagal menjalani rawatan kesuburan semaian benih dalam rahim atau Intrauterine Insemination (IUI), penyanyi Atilia Haron merancang untuk mengambil anak angkat.
Kata Atilia, 45, dia bagaimanapun belum punyai perancangan untuk melakukan rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim (IVF) memandangkan gaya hidupnya yang aktif.
"Saya berkahwin sudah empat tahun dan umur saya pun memasuki usia 45 tahun, daripada bimbang sudah jadi tak bimbang langsung dah.
"Rawatan IUI saya sudah buat tahun lepas dan tak membuahkan hasil. Saya pula tak berani untuk melakukan rawatan IVF kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi, tidak boleh tertekan dan tidak boleh aktif melalukan aktiviti seperti yang saya lakukan sekarang.
"Saya okey saja sebenarnya, cuma sekarang saya tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat. Insya-Allah, kalau Allah nak beri Dia akan beri.
"Bayangkan tahun lepas saya mengalami depresi kerana memikirkan soal anak. Saya bertanya pada diri sendiri, kenapa saya tiada anak sedangkan abang saya sudah ada dua cahaya mata.
"Disebabkan perkara itu, saya mengalami insomnia dan sukar untuk tidur. Jadi, saya biarkan saja ujian itu tanpa terlalu memikirkannya," katanya kepada Gempak.
Atilia ditemui pada majlis iftar bersama anak yatim dan ulangtahun ke-10 Celepets di Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini akui pernah merasa terpinggir dek rakan-rakannya yang semuanya sudah memiliki cahaya mata masing-masing.
"Saya sangat sukakan budak-budak. Memandangkan semua rakan Celepets saya punyai cahaya mata, saya rasa terpinggir kadang-kadang. Tak faham apa yang mereka bualkan.
"Jadi, saya merancang untuk mengambil anak angkat nanti dalam sekarang saya dalam proses untuk memujuk suami saya dan memberikan pemahaman yang cukup tentang keputusan ini," tambahnya.
Atilia telah mendirikan rumah tangga dengan jurutera bunyi, Adam Sofian pada Ogos 2014.
Terdahulu, anak kepada penyanyi legenda Salamiah Hassan itu pernah berkahwin dengan Ariff Johan Abdul Aziz pada Disember 1998 namun bercerai pada Januari 2009.
#Penyanyi #Anak #Penyanyi #Atilia Haron
;