Pelakon Hafreez Adam meluahkan rasa syukur dengan perjalanan hidup yang ditempuhinya sama ada manis atau pahit.

Bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-30 pada Rabu lalu, Hafreez menyatakan setiap yang terjadi itu membentuk dirinya yang sekarang.

"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk semua ucapan. Saya nak balas satu-persatu memang tak mampu la tapi anda mesti tahu yang saya sangat menghargai.

"Kehidupan sangat menakjubkan. Banyak benda yang jadi sekarang ni buat saya sedar banyak perkara dan saya akan jadi manusia paling tak bersyukur kalau saya tak nampak apa yang saya ada sekarang ini.

"Apa yang saya ada sekarang lebih daripada yang saya minta dulu. Perjalanan yang menakjubkan untuk saya buat masa sekarang ini dan saya tidak akan ubah satu pun.

"Apa yang best jadi sepanjang hidup ini, alhamdulillah. Apa yang tak best jadi dalam hidup saya pun, alhamdulillah.

"Alhamdulillah, sebab semua ni membentuk saya menjadi Hafreez Adam yang hari ini. Saya di fasa yang paling tenang sepanjang hidup saya sekarang ni," tulisnya.



Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) disertakan dengan foto berlatar belakang air terjun.

Dalam pada itu, pelakon drama Monalisa itu turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan yang tak putus memberi semangat.

"Sejujurnya, saya dalam keadaan paling gembira saya pernah berada. Selain seluruh keluarga, rakan baik dan semua kawan, anda semua adalah penyebab kenapa saya rasa diri saya sangat bertuah.

"Terima kasih! To many more years of growing together, positively. Selamat hari jadi kepada saya!" tulisnya lagi.

Terdahulu, Hafreez dan aktres Zara Zya mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu namun ikatan itu terlerai selepas sebulan.

BACA: Tak Sefahaman, Zara Zya & Hafreez Adam Putus Selepas Sebulan Bertunang

BACA: "Bila Darah Mengalir, Buat Aku Rasa Lega" - Hafreez Adam Kelar Tangan, Botakkan Kepala Kerana ...