Viral
"Saya Dihalang & Tak Diberi Peluang ..." - Kongsi Babak Sebenar Dalam Mahkamah, Suami Lufya Nafi Tak Endahkan Anak!
"Daddy really sorry sebab tak perasan langsung panggilan daripada you my love," itu antara kata-kata yang dikongsikan suami Lufya, Dr. Che Hafiz menjawab isu video yang sedang tular di media sosial.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelas Hafiz, secara logiknya sebagai seorang bapa tidak pernah sama sekali dia membenci darah dagingnya, Laana Haura, apatah lagi mengabaikan panggilan seperti yang berlaku pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya pada Isnin lalu.
"Jika difikirkan secara waras bapa mana kat atas dunia ni tak sayangkan anak mereka sedangkan binatang seperti singa betina yang ganas itu siap makan manusia lagi pun boleh tetap tahu nak menyayangi anaknya apatah lagi manusia yang diberikan kelebihan otak yang mempunyai akal," tambahnya.
Menerangkan lebih lanjut situasi terbabit, kata Hafiz dia terlebih dahulu sempat bersama anaknya ketika di dalam mahkamah sebelum dihalang oleh pihak tertentu.
"Apa yang saya ingin jelaskan di sini adalah berkenaan dengan dakwaan-dakwaan seperti tidak sayangkan anak adalah tidak benar.
"Malah saya dihalang dan tidak diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa.
"Gambar-gambar yang saya upload ada babak-babak ketika saya berada di dalam mahkamah.
"Kalau perhatikan di dalam gambar-gambar tersebut saya sedang meluangkan masa bersama anak saya sampailah anak saya pergi kepada ibunya.
"Selepas itu barulah saya keluar dari mahkamah. Sejurus keluar ramai jurukamera dan wartawan menyapa. Ketika itu saya hanya kedengaran bunyi flash kamera dan fikiran saya saat itu adalah untuk bersedia pada soalan yang bakal reporter akan tanya.
"Maklumlah saya rasa nervous sebab ini adalah kali pertama seumur hidup Saya berada dalam situasi di mahkamah," kata Hafiz lagi.
Baru-baru ini tular sepotong rakaman video di perkarangan mahkamah ketika Laana memanggil-manggil Hafiz dengan panggilan 'daddy' berkali-kali namun tidak diendahkannya.
Situasi itu mencetuskan perasaan kurang senang netizen yang menganggap tindakan Hafiz tidak wajar.
Kemelut rumah tangga pasangan itu terus berpanjangan apabila Hafiz enggan menceraikan Lufya.
Sehubungan itu, Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) bagi menyelesaikan masalah itu.
Lufya dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura, 2 tahun.