“Saya Dikenalpasti Sebagai Kontak Terdekat Individu Positif COVID-19” - Zoey Rahman Jalani Ujian Saringan

Azwa Rahman
April 23, 2020 10:50 MYT
Pelakon dan pengacara Zoey Rahman telah menjalani ujian saringan COVID-19 selepas dikenalpasti mempunyai kontak dengan individu positif wabak berkenaan.
Menerusi laman sosial Instagram, Zoey memuat naik sebuah video rakaman yang menunjukkan ujian saringan tersebut untuk tatapan umum.
“Saya telah dikenalpasti sebagai kontak terdekat kepada seorang yang telah dijangkiti COVID-19.
“Semoga semuanya selamat. Semoga negara kita bebas COVID-19,” tulis Zoey sebagai kapsyen.
Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, Zoey dilihat memandu sendiri bagi menjalani ujian saringan pandu lalu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut mendoakan kesihatan Zoey agar dia terhindar daripada wabak tersebut.
“Semoga Allah SWT lindungi dan jaga keselamatan awak bro,” kata penyanyi Anuar Zain.
“Jangan risau, awak mesti okay. Stay safe bah,” komen pelakon Adeline Tsen.
“Kita pulak yang takut tengok dia buat ujian tu,” ujar seorang wargamaya.
“Dalamnya dia cucuk, takde rasa nak bersin ke?” tanya seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Zoey itu telah menerima hampir 18,000 tontonan daripada warga Instagram.
#Zoey Rahman #Ujian #COVID-19 #Saringan