VIRAL
“Saya Dipukul Guna Kabel Treadmill” - Bekas Pekerja Dakwa Didera Selebriti Kecergasan Terkenal
Seorang pemuda tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan fizikal oleh bekas majikan yang juga seorang selebriti kecergasan terkenal.
Menurut Afiq Zakwan Johari, 27, kejadian berlaku ketika dia bekerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang jurulatih kecergasan berumur 37 tahun yang dikenali ramai dalam kalangan selebriti dan aktif berkongsi kandungan motivasi di media sosial.
Afiq Zakwan mendakwa dirinya dipukul menggunakan kabel treadmill dalam satu kejadian yang berlaku pada 16 Jun lalu. Akibat insiden itu, tubuhnya mengalami kesan lebam dan bertukar menjadi hitam kebiruan.
"Saya dah tak tahan,” dia dipetik sebagai berkata menerusi laporan New Straits Times.
Afiq Zakwan berkata, majikannya itu mudah naik angin dan sering bertindak agresif apabila marah.
“Dia mudah naik angin dan bila marah, dia pukul dengan kuat. Dia guna apa saja yang ada... kabel, tangan kosong...” dakwa Afiq Zakwan.
Pada awalnya, Afiq Zakwan menerima layanan baik apabila mula bekerja di pusat kecergasan tersebut sekitar September 2023. Katanya, individu itu sering memberi kejutan berupa bonus kepada pekerja dan melayannya dengan baik.
Afiq Zakwan turut mendakwa pernah dipukul di rumah jurulatih itu dan di hadapan kakitangan lain.
Selain Afiq Zakwan, sekurang-kurangnya empat lagi bekas pekerja mendakwa individu yang sama mempunyai masalah panas baran walaupun sering tampil sebagai figura berjaya di mata umum.
"Seorang rakan saya pernah cuba buat laporan tahun lepas, tapi tarik balik kemudian,” kata Afiq Zakwan sambil menambah bahawa dia tidak mahu terus berdiam diri.
Selepas berbincang dengan keluarganya, Afiq Zakwan membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membuat laporan polis. Laporan pertama dibuat pada 17 Jun di Balai Polis Bukit Jelutong dan satu lagi laporan susulan dibuat pada 2 Julai.
Susulan tindakan Afiq Zakwan, empat lagi bekas pekerja turut tampil dengan aduan serupa dan berkongsi pengalaman mereka yang mendakwa pernah menjadi mangsa penderaan fizikal dan emosi.
Menurut New Straits Times, bekas majikan Afiq Zakwan ketika dihubungi menafikan semua dakwaan yang dibuat terhadapnya dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah.
Individu berkenaan turut memaklumkan bahawa dia juga sudah membuat laporan polis.
Sumber/Foto: NSTP

“Dia panggil saya ‘orang kanan’ dia. Mula-mula dia sangat baik, pemurah pula tu. Namun menjelang hujung tahun lalu, semuanya mula berubah. Dia mula marah-marah atas perkara kecil,” dakwanya lagi.