,
Laman Utama

"Saya Doakan Hubungan Mereka Kekal Baik" - Madu Muat Naik Status Luahan Hati, Ini Komen Adira...

Asraf Aided
30/04/2021
01:40 MYT
Penyanyi berbakat, Adira Suhaimi enggan mengulas lanjut tentang madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red yang meluah perasaan di Instagram Stories baru-baru ini.
Namun menurut Adira, dia merasakan hubungan suaminya bersama isteri pertama itu baik-baik sahaja.
"Kalau dari pihak saya, saya tak akan berkongsi apa-apa di media sosial, bab keluarga ni kalau boleh saya nak simpan betul-betul.
"Saya tak mahu komen lebih, tapi saya rasa mereka (Datin Red dan suami) okay sahaja," katanya.
Adira berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk kecantikan Fofaskin di Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Adira akui tahu mengenai perkongsian Datin Red yang seolah-olah memberi bayangan berkenaan rumah tangga yang tidak bahagia pada awal April itu.
BACA: "I'm Not Gonna Stay With You..." - Madu Adira Muat Naik Status Luahan Hati & Pergi Balai Polis Pukul 3 Pagi, Kenapa Tu?
Bagaimanapun, penyanyi lagu Kesempatan Bagimu ini sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga suami bersama madunya itu.
"Sebenarnya, apa-apa hal keluarga saya akan tahu, cuma saya tak mahu terlalu berkongsi kepada umum mengenainya.
"Saya bukan nak menyibuk, tapi kadang-kadang perkara sebegini ada pihak yang berkongsi dengan kita, kadang-kadang peminat pun ada berkongsi info tentang cerita sebegini.
"Apapun, saya sentiasa mendoakan agar hubungan di sana kekal baik," katanya menutup bicara.
Untuk rekod, Adira dan Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu telah berkahwin pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Perkahwinan pertama bersama Datin Red dikurniakan lima cahaya mata.
Sebelum perkahwinan itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah lima tahun kemudian.
Menerusi perkahwinan itu, dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.
Untuk perkahwinan bersama Adira, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.
Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak dalam semua perkahwinannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Hiburan

Atikah Rose Bukan Anak Saudara Adira - "Kami Cuma Sekampung"

gempak
12/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi Adira mendedahkan bahawa finalis The Chosen One S2, Atikah Rose bukanlah anak saudaranya seperti yang disangka oleh netizen.
Hiburan

“Saya Tiada Komen Tentang Poster” - Percaya Ada Alasan Kukuh, Adira Hormati Keputusan Stacy Tarik Diri Dari Konsert A Night With Sumandak Stars

gempak
09/11/2024
08:30 MYT
Penyanyi Adira Suhaimi percaya bahawa rakan seindustrinya, Stacy, mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars.
Hiburan

Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”

gempak
09/11/2024
04:50 MYT
Pelakon Adam Shahz menegaskan dia enggan lagi membuat sebarang hantaran mengenai hak penjagaan penuh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9, di media sosial.
the-chosen-one-musim-2

The Chosen One 2024: Kiki Fateeha Raih Kedudukan Pertama & Eriq Fikri Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir

gempak
01/11/2024
15:14 MYT
The Chosen One 2024 minggu separuh akhir telah menyaksikan empat peserta layak ke minggu akhir.
Unitar