Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Saya Doakan Juga Pada Semua Mangsa…”- Fattah Amin Tunai Umrah, Tak Lupa Berdoa Buat Mangsa Banjir Di Malaysia

Mya Amri 29/11/2024 | 08:55 MYT
Pelakon, Fattah Amin kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.

Fattah titip doa buat mangsa banjir Bagaimanapun Fattah menerusi hantaran terbaharu di Insta Story miliknya juga tidak lupa untuk menitipkan doa buat mangsa banjir di Malaysia.
“Allahumma shayyiban haniyy wa sayyiban nafia.
"Wahai Tuhanku, jadikan ini hujan terpuji kesudahannya dan menjadi aliran air yang bermanfaat,” tulisnya.

Cuba baca kiriman doa
Dalam pada itu, Fattah juga menyatakan akan cuba untuk membaca kirim doa yang dikirimkan kepadanya sebaik mungkin.

“Assalamualaikum… Apa khabar semua. Insya-Allah siapa yang ada atau nak kirimkan doa saya akan cuba baca kan hari ni.

“Saya doakan juga pada semua mangsa banjir supaya Allah bantu mudahkan urusan semuanya. Yang saya tak sempat baca kiriman doa saya mintak maaf ya,” tulisnya.
Terdahulu menerusi hantaran dalam Instagram, Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berangkat ke Makkah bersama ibu bapa serta tiga adik perempuannya selain memohon doa daripada peminat agar perjalanan mereka dipermudahkan.
#Fattah Amin #Banjir #Doa #Tanah suci
;