Laman Utama

“Saya Duduk KL Bukan Kelantan Bod*h”- Dakwa Kerajaan Gagal, Adi Putra Bengang Bila...

gempak
Syafiqah Jalal
11/05/2021
01:11 MYT
Sponsor Banner
“Saya Duduk KL Bukan Kelantan Bod*h”- Dakwa Kerajaan Gagal, Adi Putra Bengang Bila...
Aktor terkenal, Datuk Adi Putra meluahkan rasa tidak puas hati apabila tarikh dan lokasi bagi temujanji utnuk menerima vaksin tiba-tiba berubah selepas mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Adi Putra yang berasal dari Singapura itu mendakwa kerajaan gagal menguruskan hal tersebut.
“Kerajaan gagal serious gagal!!!
“Saya buat temujanji vaksin di MySejahtera pada 16 Mei di PWTC jam 1130am. Hari ini saya buka MY Sejahtera tiba-tiba tarikh dan lokasi bertukar.
“Saya duduk KL bukan Kelantan BOD*H” katanya yang dilihat bengang.
Pelakon Anak Halal itu meluahkan rasa bengangnya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim berkongsi tangkapan skrin aplikasi itu yang memaparkan maklumat terperinci mengenai temujanji vaksin berkenaan.
Pun begitu kemas kini tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata menegur bahasa pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu yang dianggap terlalu kasar apatah lagi ditujukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Saya nasihatkan abang untuk tarik balik kata makian abang tu. Sebagai orang yang dikenali tak sepatutnya abang keluarkan kenyataan begini,” tegur salah seorang netizen.
“Pasal appointment pun kerajaan gagal…politician lah katakan,” komen salah seorang warga maya.
“Balik Singpaur lah bro kalau nak perfect,” kata salah seorang warga net.
Sebelum ini, pernah mengesahkan dirinya adalah seorang warganegara Malaysia dengan memuat naik kad pengenalan di Instagram untuk tatapan umum.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024