Hiburan
“Saya Faham Juga Mana Ada Mak Ayah Nak Tengok Anak Main Game” - Soloz Kongsi Kisah Sebelum Jadi Pro Gamer
Personaliti e-Sport dan media sosial terkenal, Soloz tidak menyangka permainan yang dahulu dilakukan sekadar hobi kini menjadi kerjayanya.
Pada mulanya keluarga tak restu
Menurut Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Fariz Zakaria, pada mulanya keluarganya menentang dan tidak bersetuju dan mahu dirinya fokus terhadap pelajaran.“Bagi saya mudah sahaja saya tunjuk dengan bukti sebagai contoh semasa di kolej saya menggunakan duit kemenangan game untuk kelangsungan hidup dan bayar yuran,” katanya kepada Gempak.“Keluarga memang tak bagi, saya faham jugak mana ada mak ayah yang nak tengok anaknya main game, malah mak saya dulu pun marah. Dia kata tak payah main game, suruh fokus belajar. “Mak saya pula cikgu jadi dia marah dengan benda benda macam ni cumanya bila dapat tunjuk result baru mereka okay dan memberikan sokongan.
Anggap sebagai tuah
Mengulas mengenai kerjayanya, Soloz berkata dia menganggap perkara itu sebagai tuah.SAKSIKAN VIDEO EKSKLUSIF DI ATAS UNTUK TEMU BUAL PENUH“Suka main game pada asalnya cuma tak sangka pula bila kita main game tu tak tahu apa jadi cuma masa hujung-hujung tu kita tak tahu yang gaming atau e-sport ni sampai ke tahap yang macam sekarang ni. “Boleh kata macam rezeki juga sebenarnya sebab masa fasa saya dulu saya tak tahu akan jadi yang mcm sekarang ni yang mana dah ada carier, cashflow dan sebagainya,” ujarnya.
Must-Watch Video