Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Saya Faham Kekangan Mereka & Saya Tinggal Modul Pembelajaran Di Pondok Sekolah Untuk Mereka Ambil… - Pelajar Cikgu Mustakim Minta Maaf

Fiza Kamarudin 28/11/2020 | 07:40 MYT
Guru yang tular baru-baru ini mengakui ramai pelajar menghubunginya untuk memohon maaf dan berjanji akan hadir ke kelas pada masa akan datang.
"Selepas tular baru-baru ini, ramai pelajar menghubungi saya memohon maaf dan berjanji hadir ke kelas saya pada masa akan datang," kata guru Mata Pelajaran Vokasinal (MPV) Seni Reka Tanda, Mustakim Bajoori.
Mustakim, 56, berkata, dia akui pembelajaran secara dalam talian sukar dilaksanakan kerana rangkaian Internet di kawasan kampung tidak begitu baik.
"Banyak kekangan dihadapi pelajar seperti tidak mampu membeli data dan terpaksa berkongsi telefon pintar bersama adik-beradik," katanya yang tinggal di Tanjung Karang, Selangor.
Menurutnya, bagi membantu, dia menghantar modul pembelajaran kepada pelajar dengan cara meninggalkannya di pondok sekolah untuk dikutip.
"Saya ada juga rasa kecewa kerana terdapat ibu bapa kurang prihatin dengan pembelajaran anak-anak terutama ketika terpaksa menggunakan cara dalam talian," katanya.
Sebelum ini kekecewaan Mustakim tular selepas anaknya, Nur Nuha Narisya berkongsi tangkap layar kelas dalam talian bapanya yang tidak disertai pelajar.
[[BACA: Kesiannya Abi, Dia Buat Class Budak-Budak Dia Sorang Pun Tak Masuk…” – Alahai…Kesian Cikgu Ni, Tunggu Anak Murid…]]
Sumber: Harian Metro
#Guru #Cikgu Mustakim #Pelajar Mohon Maaf
;