“Saya Faham Perasaan Cik B Jika Marah Ibunya Kahwin” - Iqbal Dedah Vida Menangis Tak Makan Fikir Tentang…
Bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, iaitu Iqbal Zulkefli akui sangat memahami perasaan Cik B yang marah sekiranya ibunya kembali berkahwin.
Menurut Iqbal, segala kerisauan itu berkemungkinan berpunca daripada sejarah hidup mereka yang sebelum ini banyak menerima tomahan dan tuduhan.
“Saya harus tanggung walaupun jauh sekali tidak sama seperti pengalaman mereka.
“Orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila dia marah, luar biasa. Tiada siapa berani untuk masuk dekat.
“Kepada semua yang menyayangi Cik B, tidak kisah jika kalian tidak bersetuju untuk saya dan Vida berkahwin, saya tabah menelan fitnah.
“Namun, jangan sesekali tambahkan api pada dia. Kasihanilah emosi dia, seharusnya kalian beri semangat kepada dia.
“Saya sedaya upaya lakukan terbaik untuk semua baik Cik B, Vida dan Kacak,” katanya.
Tambahnya, semalam seharian Vida menangis tidak makan memikirkan CIk B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin.
“Saya turut kasihan kepada Cik B sejak kecil dia jarang ada masa bersama.
“Sejak saya masuk bekerja saya selalu pesan pada ibunya, bawa Cik B ikut sama setiap kali kita ke luar negara.
“Jangan terlalu marah, bagi perhatian sepenuhnya pada Cik B,” katanya menerusi satu posting di Instagram Story.
Sekadar info, sejak beberapa minggu lalu, Vida dan Iqbal menjadi sebutan warganet tentang kisah cinta mereka yang dilihat terlalu terbuka mendedahkan setiap inci hubungan yang terjalin.
Namun terbaharu, impian mereka untuk berumah tangga tidak direstui oleh anak sulung Vida, Cik B yang akui sukar untuk menerima bakal bapa tirinya.
Pun begitu, Vida semalam mengesahkan beliau dan Iqbal bakal melangsungkan pernikahan sekitar bulan Disember ini.