KECANTIKAN
“Saya Faham Situasi Peniaga, Saya Pun Pernah Tutup Salun. Sekarang Jual Produk Rambut, Orang Kata Saya BANKRUPT...” - Chez
Chez Hamdan bukan calang-calang orangnya dalam industri dandanan rambut. Beliau antara pendandan dan usahawan salun yang dikenali ramai dan pernah berkhidmat untuk para VVIP, selebriti dan majalah sejak 17 tahun berada dalam industri ini. Siapa tidak tahu salunnya yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur dulu.
Seperti para peniaga lainnya yang terkesan dek pandemik ini, Chez juga antara yang mendapat tempiasnya sehinga terpaksa mengambil keputusan untuk menutup salun itu dan tidak lagi beroperasi seperti biasa.
“Saya sangat memahami perasaan peniaga yang terkesan dengan situasi pendemik Covid-19 ini. Kedai tak boleh beroperasi, kos dan kerugian terpaksa ditangggung juga. Saya juga pernah melalui fasa tersebut..Mmeang tak mudah waktu tu, amat payah untuk bertahan, dan nak tutup kedai pun bukan senang,” luah Chez.
Kongsi Chez lagi, kenapa dia kata tidak senang untuk menutup kedai? Kerana sebelum tutup kedai, kita kena selesaikan segala hutang, consignment product, tunggakan gaji pekerja, sewa kedai, EPF, bil api dan air.
Banyak! Tambahnya, kita pastilah tidak mahu tutup kedai kemudian nama kena ‘blacklist’. Inilah kesukaran yang dilaluinya tahun lalu ketika pandemik mula-mula melanda negara.