Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar mengakui yang dia begitu teruja untuk mengemudi program nyanyian Big Stage 2022 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Alif berkata, apabila dia bersetuju untuk melibatkan diri dengan Big Stage 2022, segala keutamaannya dalam karier perlu diberikan kepada program tersebut.

“Dalam kesibukan menguruskan bisnes, saya bersetuju untuk terlibat mengendalikan Big Stage 2022 bersama Sherry Alhadad. Program ini menjadi keutamaan saya sekarang.

“Big Stage 2022 merupakan satu program yang sangat besar. Banyak usaha yang kami letakkan dan sebagai pengacara, saya dan Sherry sering memastikan kami memberi yang terbaik ketika bersiaran langsung,” katanya kepada Gempak.

Alif menambah, dia tidak menyangka yang dalam kesibukannya menjalani rutin harian sebagai artis dan usahawan, pihak Astro masih mahu menawarkannya untuk bergelar hos bagi Big Stage.

“Saya terfikir yang mungkin pihak produksi akan memanggil hos lain memandang saya sedang sibuk.

“Tetapi tak sangka pula saya terpilih lagi untuk mengendalikan program ini untuk empat musim berturut-turut.

“Sejujurnya, saya happy kerana ramai yang masih mempercayai saya dan Sherry,” katanya lagi.

Big Stage 2022 bakal diserikan dengan peserta-peserta berbakat besar seperti Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.

Lebih menarik, dua peserta dari luar negara Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia) turut terlibat pada musim kali ini. Big Stage 2022 bakal bersiaran bermula 6 Februari depan di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​