Penyanyi Bob Yusof akui dia sukar untuk meletakkan dirinya dalam dunia penyanyi BBNU sekarang.
Apatah lagi untuk menyanyikan lagu-lagu penyanyi muda sekarang dalam caranya tersendiri.
"Saya pernah merekodkan semula lagu-lagu penyanyi BBNU, sekadar untuk suka-suka. Hakikatnya saya geli dengar saya nyanyi lagu-lagu mereka, ini sangatlah bukan diri saya!
"Tetapi dunia kita berubah dan nak tak nak kita perlu ikut evolusi muzik sekarang.
"Apabila saya menyanyikan lagu-lagu BBNU ketika majlis atau mana-mana acara, semua orang akan bersorak dan teruja.
"Saya sendiri yang rasa kelakar sebab vokal saya 'power house', sementara lagu-lagu mereka lebih lembut dan ringkas. Lain sangat jadinya," kata Bob tertawa.
Bob yang ditemui pada Malam Kemala Irama 2 mendedahkan dia telah menjadi penerbit vokal untuk beberapa penyanyi muda termasuk Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Luqman Faiz dan Afieq Syazwan.
Malah, Bob sendiri pernah terbabit dalam penghasilan lagu-lagu hit mereka sebelum ini.
"Stail mereka tak sama seperti kita suatu ketika dahulu dan saya perlu ikut cara mereka.
"Tak semua lagu sesuai untuk dimasukkan elemen dan cara saya. Jadi, saya sendiri perlu bertoleransi apabila bekerja dengan mereka. Tapi tegas tetap ada!" ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Bob kini dalam proses mengumpulkan material untuk album mini berkonsep irama tradisional yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.
Amri Hassan
Tue Sep 24 2019
Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!