Skip to main content

Berita Antarabangsa

“Saya Geng Gelang Pink” - Dua Kali Jalani Ujian COVID-19, Syed Saddiq Kuarantin Diri Di Rumah

untitled-design-2020-09-30t173935-493_1.jpg

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menunggu hasil ujian saringan COVID-19 sambil menjalani proses kuarantin di rumahnya. 

Menerusi laman sosial Twitter, Saddiq memuat naik sekeping foto sedang membaca bagi mengisi masa lapang sewaktu menjalani kuarantin selama dua minggu itu. 
 
Difahamkan, Saddiq menjalani dua ujian saringan iaitu pada 26 September dan keputusannya adalah negatif. 
 
Kemudian dia mengambil lagi satu ujian saringan semalam dan sedang menunggu keputusan. 
 
“Kembali ke rumah dari Sabah. Alhamdulillah keputusan ujian COVID pada 26hb adalah negatif. 
 
“Ambil lagi satu ujian pada 29hb dan kini sedang menunggu keputusan. Tolong doakan semua baik baik sahaja.
 
“Saya geng gelang pink. Masa lapang, masa membaca. Bangsa yang membaca, Bangsa yang berjaya,” tulisnya menerusi satu kicauan. 


 
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu yang mengikuti langkah SOP yang telah ditetapkan. 
 
“Saya berdoa agar keputusan kedua juga negatif. Take care bro,” kata seorang wargamaya.
 
“Terima kasih kerana menjalani proses kuarantin sendiri,” komen seorang wargamaya.
 
“Moga dipermudahkan semuanya.

Nanti YB share lah buku apa yang dibaca tu,” pinta seorang wargamaya.

“Saya doakan YB sentiasa dalam keadaan sihat sentiasa dan baik sahaja..amin,” doa seorang wargamaya. 

Advertisement

“Warganegara yang baik, pemimpin belia,” puji seorang wargamaya lagi. 

Sehingga kini, kicauan tersebut telah mendapat hampir 3,000 ulang kicau dan 10,000 tanda suka daripada warga Twitter. 

Instagram: @syedsaddiq

 

Must-Watch Video