“Saya Hampir Nak Jual Piano Kesayangan…”- Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan
Syafiqah Jalal
15/08/2022 05:02 MYT
15/08/2022 05:02 MYT
Penyanyi Hazami mendedahkan pernah berdepan dengan saat sukar dalam hidup apabila hilang punca pendapatan ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu.
Hazami atau nama lengkapnya Norkamal Hazami Ahmad, 47, memberitahu dia terpaksa mengikat perut selepas duit simpanannya habis digunakan untuk membayar segala komitmen dan meneruskan hidup.
"Sebenarnya ramai tak tahu, saya sudah dua setengah tahun tiada 'job'.Saya salah seorang yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
"Bayangkan saya tiada duit nak makan, malah, rumah juga tidak berbayar sewa selama empat bulan. Sehinggakan duit dalam bank hanya tinggal RM200.
"Tapi saya tak mahu hebahkan kerana bagi saya ramai lagi yang susah masa tu. Saya diamkan sahaja dan kini, baru berkongsi," katanya kepada Gempak.
Penyanyi yang popular dengan lagu Katakanlah itu berkongsi perkara berkenaan selepas siding media program Terpaling Juara, Khamis lalu.
Paling menyedihkan, Hazami memberitahu dia hampir hendak menjual piano kesayangannya.
“Sampai satu tahap, saya hampir menjual piano kesayangan saya. Menangis-nangis saya sebab piano itu banyak kenangan sepanjang saya dalam bidang ini.
“Kalau dijual dapatlah juga duit antara RM2,800 hingga RM3,000. Tapi nasib baik saya tidak jadi menjualnya kerana tidak sanggup,” dedahnya lagi.
Bagaimanapun dia bersyukur hidupanya kini sudah Kembali stabil selepas mula menerima tawaran membuat persembahan pada awal tahun ini.
“Sekarang Alhamdulillah, saya sudah mula mendapat tawaran membuat persembahan sejak awal tahun sekitar bulan Februari lalu,”ujarnya.