Pempengaruh dan selebriti media sosial, Ryan Bakery memberitahu yang dia hanya mempunyai dua akaun media sosial rasmi sahaja, iaitu TikTok dan Instagram.

Ryan berkata, sejak kebelakangan ini, dia menyedari ada beberapa akaun di Facebook dan kadang-kala di Twitter yang menggunakan namanya, sehingga meraih jumlah pengikut yang banyak.

“Sebab bukan apa… orang ingat akaun tu saya punya. Kalau dia betul ingin buat fan page, dia takkan post hal-hal yang tiada kena mengena dengan saya, benda-benda mengarut.

“Saya tiada Facebook atau Twitter. Kalau anda nampak nama saya di antara dua platform ini, akaun-akaun itu bukan milik saya,” katanya kepada Gempak.

Justeru, tidak hairan jika Ryan melahirkan rasa gembira apabila dia menerima lencana verified di Instagram baru-baru ini.

“Kalau bab perasaan memang happy sebab dari dulu saya dah cuba apply lencana verified di Instagram saya. Banyak kali cuba tapi gagal.

“Salah satu sebab kenapa saya nak apply sangat adalah kerana ingin kukuhkan akaun saya, dan memberitahu orang luar yang ia milik saya,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ryan tercalon dalam kategori Digital Content Creator Tergempak menerusi Gempak Most Wanted Awards.

Undi Ryan, bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.